Resipi Kuih Lepat Labu


Resipi Lepat Labu

Hari ini saya kongsikan kepada anda resipi lepat labu.Resipi ini tidak susah sangat untuk dibuat hanya perlukan lebih kurang 30 minit waktu memasak.Kuih lepat labu sebenarnya memang sangat sukar untuk dibeli diluar sana, tidak ramai peniaga yang menjualnya.Lepat labu sangat sedap kerana manis buah labu akan menyerap ke mulut anda apabila anda makan.Sekiranya anda mempunyai masa lapang dirumah boleh cuba resipi Kuih Lepat Labu ini.


Bahan-­bahan : 


1) ½ biji labu, (rebus dan lecek) 
2) ½ biji kelapa parut 
3) 1 cawan gula 
4) ½ sudu teh garam 
5) 2 cawan tepung gandum 
6) ½ cawan gula merah 
7) Daun pisang secukupnya (layur diatas api) 

Cara-cara : 

1) Panaskan pengukus. 

2) Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati. 

3) Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1 sudu adunan labu ditengah­tengahnya secara memanjang. Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah­tengahnya sebagai inti. Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan labu. Balut adunan itu dengan lipat kedua­dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis. 

4) Kukus selama setengah jam atau hingga masak. Sedia untuk dihidangkan

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Lepat Labu yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Lepat Labu Resipi Kuih Lepat Labu Reviewed by C.I on April 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.