Resipi Kuih Kesari dengan Buah-buahan dan Kacang
Kuih Kesari sebenarnya adalah kuih tradisional masyarakat India.Tapi kuih ini memang sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.Saya masih belum ada pengalaman makan kuih ini.Mungkin akan dijadikan first projek video resipi nanti yang akan saya upload di channel Youtube.
Bahan-bahan:
1) ½ cawan Tepung semolina (Sooji)
2) ½ cawan Gula
3) 2 paket kecil Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®
4) 3-4 sudu besar Minyak sapi cair
5) 1½ cawan Air
6) Sedikit Pewarna Kesari (kuning)
7) 1 sudu besar Susu sejat
8) 1 sudu besar Kacang gajus, dipotong halus
9) 1 sudu besar Kacang badam
10) 1 sudu teh Kismis
11) 1 sudu teh Ceri merah
12) 1 sudu teh Ceri hijau
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak sapi, goreng kacang gajus dan badam sehingga perang-keemasan, ketepikan.
2. Dalam kuali leper yang sama, goreng semolina di atas api kecil sehingga beraroma. Sebaik sahaja warnanya tukar, padam api dan pindah ke dalam satu pinggan.
3. Tuangkan air ke dalam kuali tersebut dan biar didih. Setelah berbuih, bubuh pewarna dan gula, kacau hingga larut. Sedikit demi sedikit, masukkan semolina dan kacau berterusan di atas api sederhana. (Perlu berhati-hati pada langkah ini supaya campuran ini tidak jadi ketul-ketul.)
4. Selepas semolina masak, masukkan gula dan terus kacau. Ia akan menjadi berbuih selepas kering, jangan risau dan terus kacau.
6. Masukkan susu sejat, kacang gajus, badam, kismis dan ceri, kacau dengan pantas dan padam api.
7. Taburkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®.
8. Jika anda ingin dapatkan ketulan kecil, pindahkan campuran ke dalam pinggan yang telah disapu dengan minyak sapi dan potong.
9. Anda juga boleh ambil satu sudu besar campuran dan letak dalam bekas kecil.
10. Semasa dihidang, boleh tambah 1 sudu teh minyak sapi untuk rasa tambahan dan permukaan yang licin.
Mohon Share Guys
CI : Di harap Resipi Kuih Kesari dengan Buah-buahan dan Kacang yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Kesari dengan Buah-buahan dan Kacang
Reviewed by C.I
on
May 09, 2020
Rating:
No comments: