Bagaimanakah Caranya Untuk Mengetahui HIV

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?
Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti virus HIV adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV.

Ujian Antibodi HIV
Ujian Antibodi HIV ialah ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV dalam tubuh. Antibodi ialah sejenis protin yang dihasilkan oleh tubuh badan bagi melawan anasir-anasir asing seperti kuman dan virus yang menyerang sistem badan. Terdapatnya antibodi HIV dalam darah menunjukkan jangkitan HIV telah berlaku. Bagaimanapun bagi jangkitan HIV, antibodi HIV yang dihasilkan ini hanya mampu melawan virus HIV ini di peringkat awal jangkitan. Bila virus HIV ini membiak dan menjadi semakin banyak, antibodi HIV ini menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawannya.

Mengikut cadangan doktor, ujian HIV ini perlu dijalankan setelah 3 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan, walaupun bagi sebahagian orang kewujudan antibodi HIV dalam darah dapat dikesan seawal 2 minggu atau secara puratanya 25 hari selepas jangkitan. Bagi sebahagian orang pula antibodi HIV hanya dapat dikesan dalam darah setelah 3 bulan. Jika keputusan ujian setelah 3 bulan itu adalah negatif maka anda perlu membuat satu ujian HIV lagi setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan. Ini kerana tubuh mungkin mengambil masa selama enam bulan untuk mengeluarkan antibodi HIV secukupnya. Jadi 2 ujian setelah 3 bulan dan setelah 6 bulan mampu memberikan keputusan yang lebih meyakinkan.

Ujian pertama yang menunjukkan keputusan negatif iaitu setelah 3 bulan bermakna antibodi HIV tidak dikesan di dalam contoh darah yang diuji. Namun ini belum mengesahkan bahawa orang berkenaan bebas daripada HIV. Ini adalah kerana terdapat satu tempoh (yang dipanggil “window period”) dimana antibodi HIV tidak dapat dikesan didalam darah kerana badan belum menghasilkannya, walaupun telah terdapat virus HIV yang banyak dalam darah atau air mani. Waktu antara jangkitan dengan penghasilan antibodi HIV dipanggil “Window Period”. Jadi sepatutnya mereka yang dikesan negatif dalam ujian pertama, perlu menjalani ujian darah sekali lagi setelah 3 bulan lagi (iaitu setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan) supaya status anda dapat ditentukan dengan lebih yakin.

Perlu diingatkan bahawa dalam jangkamasa enam bulan elakkan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi agar ujian-ujian anda tidak sia-sia.

Keputusan yang positif bermaksud antibodi HIV telah dikesan dalam darah. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya bermakna orang itu akan jatuh sakit dalam masa yang singkat. Seseorang yang positif HIV perlu mendapatkan kaunseling dan rawatan yang sempurna untuk mengekalkan kesihatan dan memanjangkan hayatnya.

CINTA : Artikel ini adalah satu info kepada anda untuk mengehtahui sekiranya anda menghidapi HIV.

Bagaimanakah Caranya Untuk Mengetahui HIV Bagaimanakah Caranya Untuk Mengetahui HIV Reviewed by C.I on April 09, 2015 Rating: 5

42 comments:

  1. Kebnyakannya mgatakan 3 blan tempoh maksima window period.mana yg betul ni 3 bulan atau 6 bulan?

    ReplyDelete
  2. apa window period tu sebenarnya?

    ReplyDelete
  3. sesiapa yang ada info tolong bantu kawan-kawan kita pleaseeee

    ReplyDelete
  4. Apa yang sy tahu ujian genarsai pertama dan ke 2 memerlukan masa 6 bulan..skrg kebanyakan hospital dan makmal mengunakan generasi ke 3 dan ke 4..jd muktamad di katakan 3bulan...tarikh 6 bulan jika kte masih terdedah dengan pendedahan baru(dalam masa window period) apa yang sy tahu sensitif ujian hiv skrg semakin maju...malah byk pakar2 mengatakan ujian selepas 6minggu boleh di katakan muktamad..tp standard WHO masih menetap 3bulan untuk mengesahkan ujian..kerana memberi tempoh jarak pendedahan tersebut..kesimpulannya apa saja ujian..3bulan(84hari) adalah tempoh muktamad...

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya nak bertanya. Sy ada buat aktivi x berisiko dgn tukang urut. Dia melancap sy sampai terpancut. Dah 24 ari aktiviti itu. Tp skrg sy rs mual2 dan muntah. Sy buat ujian hiv kit pd ari k 14, 18, dan ari ke 23. Keputuan negetivf. Ada kh sy di jangkiti dgn aktiviti melancap.. minta pnjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. xakn kena jangkitan melain kn dia lancap koe melalui mulut bb air liur salah 1 sbb jankitan hiv/AIDS ni.....jdi b,hati2 la lau nk sruh org lain tlg lancapkn....

      Delete
  6. Terima kasih atas penjelasan rash virus. Pd hari 44 (minggu k 6) sy buat lg ujian cmia ab/ag di bp healt kputusan negative gak. Smpat bertanya doktor dia kata x dijangkiti. Minggu k 8 n k 10 sy buat ujian hiv test kit gak kputusan negative. Alhamdulilah.. ari k 90 nti sy nak buat lg utk melega kn hati. Krana sy ada bg window priod sampai 12 minggu. Tp klu guna kaedah cmia kbnyakn doktor pakar kata dah tepat pd minggu k 6. Apa2 sy harap kita jauhi la perbuatan y terkutut ni. Tq rash virus.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas penjelasan rash virus. Pd hari 44 (minggu k 6) sy buat lg ujian cmia ab/ag di bp healt kputusan negative gak. Smpat bertanya doktor dia kata x dijangkiti. Minggu k 8 n k 10 sy buat ujian hiv test kit gak kputusan negative. Alhamdulilah.. ari k 90 nti sy nak buat lg utk melega kn hati. Krana sy ada bg window priod sampai 12 minggu. Tp klu guna kaedah cmia kbnyakn doktor pakar kata dah tepat pd minggu k 6. Apa2 sy harap kita jauhi la perbuatan y terkutut ni. Tq rash virus.

    ReplyDelete
  8. window period bergntung pada jenis ujian y di gunakan, kalau jenis kaedah generasi k 3, paling lewat pun 48 hari, kecuali x ada penyakit kancer, hepatetis dan makan ubat PEP, kalau gunakan kaedah generasi ke 4 CMIA ab/ag ujian makmal muktamat pada minggu ke 6, kecuali tiada penyakit y saya sebutkan td, kaedah ujian di PT FOUNDATION ab/ag muktamat pada hari y ke 30. temapt y terbaik buat ujian adalah di PT FOUNDATION, kerana staff di sana layan semua pertanyaan kita. kita boleh ajukan apa2 soalan.. setahu sy purata orang dijangkiti hiv dapat di kesan pada hari y ke 25.. ini maklumat y saya tahu. klu salah tlg perbetulkan.. kongsi maklumat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ade penyakit lain seperti kanser dan kita buat ujian hiv. Adakah result nya akan positive?

      Delete
  9. Assalamualaikum,

    Maaf tumpang tanya. Saya perkenalkan diri sy Awang Mat. Pada 2012 yang lepas, saya pernah terlibat dalam aktiviti berisiko untuk jangkitan HIV. Saya tak pasti pasangan saya adalah penghidap HIV ataupun tidak.

    Untuk pengetahuan saudara, semua tanda-tanda jangkitan positive HIV saya xpernah alami seperti demam teruk, cirit-birit dan seumpamanya. Setakat ini belum lagi ada tanda-tanda seperti itu.

    Saya ada terbaca dalam internet yang jangkitan boleh terjadi selepas 3 atau 6 bulan setelah aktiviti berisiko yang kita lakukan. Apakah dengan itu, saya masih lagi berpotensi untuk terkena jangkitan HIV? Adakah saya bebas daripada jangkitan tersebut? Berapakah tempoh untuk terkena jangkitan selepas aktiviti berisiko? Selain itu, saya xpernah mengalami lesu tubuh badan dan sy juga seorg yang aktif bersukan.

    Harap saudara dapat memberi penjelasan. Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. awang mat tolong jangan terus ke farmasi dan buat HIV test,itu jalan yang terbaik untuk awak..Jangan biarkan persoalan bermain di fikiran kita terlalu lama.Sekiranya ujian tersebut awak tersangkut jangan risau..disana nanti akan ada golongan profesional aku bimbing awak. :)

      Delete
  10. Buat aje ujian hiv... dekat farmasi rm50, bp lab rm50, pt foundation rm50. Kbnyakan farmasi jual hiv test kit hnya d kl, selango n p,pinang

    ReplyDelete
  11. kalau rapid test HIV kira generasi ke berapa ye? Harap ada yang dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shahrul lebih baik terus ke farmasi berdekatan :)

      Delete
  12. Saya ingin bertanya jikalau kedua2 pasangan adalah negatif hiv , dan melakukan hubungan ketika perempuan sedang haid , adakah boleh terkena jangkitan hiv ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila pergi ke klinik kesihatan untuk melakukan ujian darah.

      Delete
  13. Hai sy ingin tanya pada tahun 2016 sy ada melakukan aktiviti berisiko.sy buat aktiviti berisiko selang seli bulan.saya stop tak buat lagi. Selepas 3 bulan saya check hiv test keputusan -negatif.perlukah check sekali lagi

    ReplyDelete
  14. Hai saya ingin bertanya..saya sudah buat Elisa test selepas 3bulan aktiviti berisiko.. alhamdulilah keputusan nev-,adakah perlu sy jalanai untuk second test? Sbb doc tu ckp jgn risau & xperlu buat second test.. sbb hati masih gelisa skrg ni..

    ReplyDelete
  15. Saya pernah burhubungan seks dengan pelacur (memakai kondom) tapi ini Kali pertama saya buat macam tu. Then satu hari, saya masuk hospital sebab sesak nafas Dan sakit perut. Doktor buat pemeriksaan darah untuk kenal past I oksigen cukup atau tak dalam darah, soalan saya, bolehkah doktor dapat detect jika saya ada HIV? Minta bantuan kawan-kawan. Saya risau Dan takut.

    ReplyDelete
  16. Salam.sya nak tnya.. Sy dpt result +hiv/1..sy buat test kat hsptal. .Adaka tu cnfirm sy kena hiv...sy masi tdk puas hati dan msi tdk dpt trima..adaka saya perlu buat test bp lap atau lain2 swasta..sila reply..sya buntu.. ����

    ReplyDelete
  17. Adakah dengan jamgkitan hiv bley menyebabkan luka dibadan lambat utk sembuh..hiv test ada jual dimana2 farmasi ka?apakah tanda2 kpd bayi yg sedang menyusu jika si ibu dijangkiti hiv

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sarankan terus je ke klinik.Buangkan rasa malu dan segan..sebenarnya ini adalah perkara biasa je.kadang-kadang kita saja yang suka fikir yang tak elok.jangan lengahkan ok

      Delete
    2. Hi ingin bertanya. Sy dah melakukan ujian selepas 3 minggu dari tarikh risiko dan selepas ujian tu bru sy dpt demam dan cirit birit dan berpeluh malam. Adakah itu tanda sy hiv+? Kalo kita ada penyakit lain seperti kanser tanpa kita sedar dan melaku ujian hiv adakah result nya akan jd positive? Mintak tolong jawab sgt. Sy amat tertekan waktu ni. Adakah perlu tggu lg hingga cukup 3 bln untuk menentukan? Buat masa sekarang jarak dari tarikh risiko adalah 76 hari.

      Delete
    3. selepas ujian 3 minggu tu petanda baik atau tak..sekiranya baik insha Allah baik hingga ckup 3bulan..(sy tahu la)jadi jauhi la aktivi berisiko

      Delete
  18. Saya ingin tanya tuan..Boleh kah kita detect hiv melalui ujian darah biasa shj?? Terima kasih

    ReplyDelete
  19. Salamm..saya nak tanya...saya ada buat aktiviti berisiko dengan wanita massage..selepas 1/2 minggu saya buat test result negetif tapi kuku saya nampak seperti kuning dan bahagian hujung macam kulit dengan kuk nak pisah...adakah itu simptom saya mengidap jangkitan hiv?...minto long jawab...saya amat tertekan dan stress sangat.a.

    ReplyDelete
  20. Salam unknown. Maksud tuan adakah sy telah dijangkiti selepas simtom2 tu? Sy ada buat ujian kali ke2 di pt foundation dan result V-. Adakah konkrit keptusan jika ujian dilakukan selepas 3 bulan? Berkenaan ayat tuan (sy tahu la) tu adakah sy bebas hiv atau sebaliknya. Boleh tuan terangkan sbb sy betul2 ingin tahu.

    ReplyDelete
  21. Tumpang tnye.. Sy ada melalukan sex dgn pelacur.. Tp sy dah buat elisa test pada hari ke 44..boleh ke guna pakai.. Sy sgt risau... Harap ada yg boleh membantu... Sy insaf sgt.. Tkkan ulangi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tggu sehingga cukup 3 bln bro. Tu kalo xsilap. Lepas 3 bulan bru dikira konkrit.Buat elisa test dekat mana bro? Jgn stress2 nnt mcm2 penyakit keluar.

      Delete
    2. Dkt hospital putra bos... Tertekan sgt..risau sgt kalau la positif merana seumur hidup

      Delete
  22. saya ada buat ujian cmia kt bp healt pda mggu ke enam..keputusan negatif..adakah itu petanda yg baik utk ujian selepas 3 bulan nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la bro dgn sy.. Sy pun 44 hari 6minggu..tk tahu la ada ag ab hiv 1 hiv 2 not detact.. Not reaktif.. Entah la serabut bro.. Harap2 la di jauh kan...

      Delete
  23. Andai kata pelacur hisap tetek kita, adakah seseorang itu berisiko dijangkiti hiv..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak tanya. Harap2 sangat ad yang bpleh tlg jawab, waktu window period adakah sesiapa pernah mengalami ruam ditelapak tangan, dengan kulit menggelupas sekali?

      Delete
  24. Assalammualaikum. Terima kasih semua atas pengkongsian soalan info pengetahuan pengalaman nasihat Dan jawapan ianya sangat2 bermanfaat. Bersamala kita bedoa agar diberi kesihatan yang baik disembuhkan Dari segala penyakit yg memudaratkan diri dan orang lain Dan diberi keampunan dari Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin

    ReplyDelete
  25. Saya nak tanya. Harap2 sangat ad yang bpleh tlg jawab, waktu window period adakah sesiapa pernah mengalami ruam ditelapak tangan, dengan kulit menggelupas sekali?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.