Resipi Sotong Sambal Tumis Halia Power Habis


Sebut sahaja mengenai sotong pertama sekali yang terlintas di fikiran kita kalau makan dikedai sudah pasti harganya sangat mahal.Kenapa perlu bazirkan duit anda sedangkan untuk membuat masakan berasaskan sotong adalah sangat mudah dan cepat.Saya memang hantu makanan seafood kalau jumpa sotong seekor makan memang tak pernah cukup.Tapi jangan risau sebab saya tinggal di negeri yang terletak di bahagian utara yang mempunyai laut so murah harga sotong sekiranya beli direct di pelantar ikan ataui jety nelayan.So hari ini saya kongsikan pada kawan-kawan semua resipi Sotong Sambal Tumis Halia buat yang suka makan makanan pedas.

Bahan-bahan : 

1. Sotong (direbus) 

2. Cili kering (direndam dan dimesin) 

3. Bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin) 

4. Sedikit air asam jawa

5. Garam dan sedikit gula 

Cara-cara memasak :

 1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi. 

2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula. 

3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi. 

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

C.I : Di harap Resipi Sotong Sambal Tumis Halia Power Habis yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Sotong Sambal Tumis Halia Power Habis Resipi Sotong Sambal Tumis Halia Power Habis Reviewed by C.I on October 01, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.