16 Teknik Memikat Suami Pasti Melekat Seperti Di Gam


Anda sebagai seorang isteri pasti dapat merasai yang suami anda semakin lama semakin jauh dengan diri anda lebih-lebih lagi sekiranya suami anda seorang yang pendiam. Ini bukan masalah keluarga disebabkan masalah seksual. Ini merupakan cara atau teknik penyelesaian bagi masalah perhubungan suami isteri seharian. Jangan berlengah lagi. Lakukan sekarang! Anda tidak rugi 1 sen pun. Apa yang perlu ialah buangkan sifat ego yang ada dalam diri anda. Keegoan lelaki juga akan luntur sekiranya teknik ini anda amalkan.

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari, (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah dengan suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya keluarga suami terutama ibu mentua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Sekali sekala cuba hidangkan resipi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah,pakaian dan sebagainya.

6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.

7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.

8. Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.

9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

10 Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau . boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.

11 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

12 Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau . kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.

13 Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas . mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang
disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

14 Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama..

15 Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti . keluar ‘dating’ atau ‘berbulan madu’ sekali sekala.

16 Hantar kad ucap selamat pada hari-hari yang istimewa. 

CI : Selamat mencuba khas buat wanita semua.





16 Teknik Memikat Suami Pasti Melekat Seperti Di Gam 16 Teknik Memikat Suami Pasti Melekat Seperti Di Gam Reviewed by C.I on November 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.