Resepi Kuih Talam Cendol Sukatan Cawan


Resepi Talam Cendol Sukatan Cawan

Kuih ini sangat sesuai dijadikan hidangan buat seisi keluarga.Buat anda yang mempunya masa terluang dan ingin mencuba resipi kuih yang baru boleh lah cuba buat sendiri Talam cendol.Apa-apa pun selamat mencuba.

Bahan-bahan Bahagian bawah :


1) Cendol
2) Empat cawan santan pekat
3) Dua cawan tepung beras
4) Satu sudu tepung jagung
5) Tiga per empat cawan gula pasir

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan ( kecuali cendol ) ke dalam periuk dan masak sampai likat. Lebih kurang dalam dua puluh minit guna api perlahan.
2. Dah siap, tuang ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik ( saya guna loyang saiz 6x6 cm )
3. Ratakan dan masukkan cendol.

Bahan-bahan Bahagian atas

1) Tiga cawan santan pekat
2) Satu setengah cawan tepung beras
3) Satu air gula ( satu cawan gula merah dimasak dengan setengah cawan gula pasir )
4) Tiga biji telur
5) Satu sudu kecil garam
6) Kisar atau blender semua bahan diatas

Cara-cara :

1. Ambil adunan bahagian bawah kuih talam cendol dan kukus selama dua puluh minit.
2. Dah siap kukus, toreh-toreh manja dengan mengunakan pisau.
3. Ambil pula adunan bahagian atas yang telah siap dikisar dan tuangkan adunan bahagian bawah tadi.
4. Akhir sekali, kukus guna api perlahan selama empat hingga empat puluh lima minit sampai masak. Jangan lupa buka penutup sekali sekala untuk lap wap air. 
5. Apabila kuih talam cendol sudah masak, terus buka penutup dan biarkan sejuk sebelum potong. Siap, selamat mencuba.

Klik untuk lagi resipi kuih talam: Talam Kacang Merah, Talam Suji, Talam Ubi kayu, Talam Tokyo, Talam Keladi Berlauk, Talam Pisang, Talam Nangka, Talam Keledek, Talam Keladi, Talam Kacang Hijau, Talam Jagung, Talam Berlauk, Talam Pandan.Mohon Share Guys

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

C.I : Di harap 
Resepi Talam Cendol Sukatan Cawan yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resepi Kuih Talam Cendol Sukatan Cawan Resepi Kuih Talam Cendol Sukatan Cawan Reviewed by C.I on May 30, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.