Resipi Ketam Masak Lemak Cili
Ketam masak lemak cili api memang sangat sedap.Sedikit info masak lemak cili api ini memang terkenal di negeri Sembilan kerana sudah menjadi tradisi orang nogori membuat masak lemak.Rasanya sangat sedap sekali, jika ketam yang dimasak di beli dalam keadaan yang masih fresh ia akan membuatkan masak lemak ini lagi sedap kerana isi ketamnya yang fresh dan manis.
1) 250g ketam (dibersihkan)
2) 7 biji cili hijau
3) 1½ cawan santan kelapa yang di parut
4) 1 keping asam gelugur
5) ½ sudu kecil serbuk kunyit
6) ½ sudu besar garam secukup rasa
7) ½ sudu kecil perasa
8) Air sekiranya perlu lebih kuah
Cara-cara memasak :
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan, serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit. 3. Siap, angkat dan hidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Resipi Ketam Masak Lemak Cili Api Mudah Dan Cepat
Reviewed by C.I
on
June 01, 2020
Rating:

No comments: