Resepi Kuih Cara Berlauk




Resipi Kuih Cara Berlauk

Kuih cara berlauk ini memang susah sikit kalau kita nak makan jika bukan di bulan Ramadhan.Tetapi apabila masuk bulan Ramadhan kuih cara berlauk memang banyak dijual di Bazar Ramadhan.Rasanya sedap kerana inti daging yang di letak pada bahagian atas kuih.Sesuai sangat bagi mereka yang ingin jadikan satu perniagaan.Mungkin boleh mendatangkan keuntungan kerana tak banyak peniaga yang menjual kuih cara berlauk.Sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak boleh cuba juga resipi kuih Cara yang agak mudah iaitu Kuih Cara Manis/Gula

Bahan-bahan inti :

1) 200 gm daging kisar
2) 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dengan sedikit air )
3) 2 ulas bawang merah
4) 2 ulas bawang putih
5) 1 sudu besar udang kering
6) Sedikit daun bawang/sup di racik-racik dan lada merah di potong serong
7) Garam dan sedikit gula

Bahan-bahan untuk adunan tepung :


1) 2 cawan tepung gandum
2) 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
3) 1 biji telur
4) Pewarna kuning
5) Sedikit garam

Cara-cara menyediakan inti :

1. Blend atau tumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
5.Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.

Cara-cara menyediakan adunan tepung :


1. Pukul telur + garam.Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
2. Kalau berketul-ketul, terpaksalah di tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
3. Saya gunakan blender sahaja, lagi senang.


Cara-cara memasak kuih :

1. Panaskan acuan kuih cara.Sapukan sedikit minyak.
2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.
4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.


Anda juga boleh mencuba resipi : kuih cara manis @ gula

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resipi Kuih Cara Berlauk yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resepi Kuih Cara Berlauk Resepi Kuih Cara Berlauk Reviewed by C.I on June 01, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.