Resipi Ayam Sos Lemon Madu
Masakan Ayam Sos Lemon Madu ni sebenarnya kalau kita pergi makan di restaurant memang susah kita nak order.Saya pun sekali sekala sahaja order masakan ni di restaurant boleh kira dengan jari.Tapi masakan ni kalau kita buat sendiri dirumah memang sangat sedap hingga menjilat jari.Cara masakan pun mudah dan bahan-bahan diperlukan pun sangat simple memang sesuai untuk kita buat sendiri sahaj dirumah.JImat duit dari makan di restaurant.Apa-apa pun selamat mencuba ye kawan-kawan.
1) Dada ayam 500g (potong ikut citarasa anda)
2) Tepung serbaguna (secukup rasa)
3) Telur sebiji (dikacau)
4) Madu 4 sudu besar
5) Lemon 2 biji (ambil jus)
Cara-cara memasak :
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Resipi Ayam Sos Lemon Madu
Reviewed by C.I
on
June 01, 2020
Rating:

No comments: