Rahsia Ciuman Lelaki Yang Perlu Wanita Tahu



CIUMAN

Mempunyai seribu satu pengertian, diantaranya ialah perasaan kasih sayang antara pasangan dapat diungkapkan tanpa melalui kata-kata yang romantis. Kucupan lelaki juga mempunyai makna yang tersendiri bergantung kepada bahagian-bahagian yang tertentu. Apa kata kita singkap kembali rahsia KUCUPAN INSAN YG BERNAMA LELAKI ini.....

1. CIUMAN PADA TANGAN

Sekiranya seorang lelaki mencium belakang tangan anda, tidak kiralah sama ada ciuman anak kepada ibu bapanya ataupun pekerja kepada majikannya, secara tak langsung ia boleh didefinisikan sebagai tanda sanjung & hormat
daripadanya kepada individu berkenaan. Namun begitu, sekiranya berlaku
fenomena suami mencium belakang tangan isteri maka dia sebenarnya amat sayang kepada pasangannya selain menghormati wanita tersebut menjadi suri dalam hidupnya.

2. CIUMAN DI DAHI....

Sering kita lihat senario lelaki mencium pasangannya di bahagian dahi, maknanya, lelaki berkenaan benar-benar kasih dan cintakan pasangan
mereka dan semestinya kasih yang diperlihatkan itu begitu luhur dan
suci. Semestinya pasangan mereka mampu merasakan getaran cinta yang bergelodak dijiwa. Beruntungnya anda.

3. CIUMAN DI PIPI....

Jika pasangan anda menghadiahkan anda ciuman di pipi, sebenarnya dia sayangkan anda biarpun kucupan itu dilakukan ketika dia sedang marah namun
hakikatnya perasaannya masih sama. Kucupan sayang sering dihadiahkan oleh suami kepada isterinya dalam suasana yang ceria & tidak hairanlah dengan satu ciuman sahaja ia mampu mengungkapkan perasaan rindu, sayang & cintanya terhadap anda.....

4. CIUMAN DI BIBIR....

Bayangkan suatu keadaan dimana anda sedang berdiri, secara tiba-tiba suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda lantas mata bertentang mata. Dengan perlahan-lahan satu kucupan hangat hinggap dibibir anda.Kucupan tersebut  sebenarnya menandakan bahawa dia benar-benar mencintai anda. Semestinya cinta yang dihadiahkan itu makin hangat & bersemi dari hari ke hari.

5. CIUMAN DARI ARAH BELAKANG....

Pastinya anda pernah dikejutkan oleh suami dengan ciuman dari belakang ketika sedang asyik membasuh pingan di dapur. Pangkal leher anda tiba-tiba
dihinggapi dengan satu kucupan hangat. Saat-saat romantis ini menandakan dia sebenarnya memerlukan sesuatu daripada anda & seharusnya anda memahaminya.

CI : Rahsia-rahsia ini adalah satu perkongsian daripada kajian, oleh yang demikian iannya tidak semestinya adalah 100% benar.Untuk yang belum berumah tangga jangan mencuba anda perlu berkahwin dulu sebelum bercium kerana nikmatnya kucupan itu adalah selepas kita berumah tangga.
Rahsia Ciuman Lelaki Yang Perlu Wanita Tahu Rahsia Ciuman Lelaki Yang Perlu Wanita Tahu Reviewed by C.I on June 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.