Resipi Ikan Pari Asam Pedas
Masakan Ikan Pari Asam Pedas memang kegemaran saya sejak dahulu lagi, tambah-tambah dengan kuahnya yang pekat dan isi ikan pari yang manis serta bendi yang lembuk dan empuk memang akan membuatkan saya tambah nasi 2 pinggan. Buat anda yang baru hendak belajar memasak boleh cuba resipi ini sebab mudah dan cepat.Kalau dah hebat masak asam pedas boleh dijadikan perniagaan sekarang ni kerana banyak restaurant yang menjual makanan set asam pedas jadi boleh jana pendapatan disitu yang penting berani cuba.
1) 6 biji bawang merah
2) 2 ulas bawang putih
3) 1 inci halia
4) ½ inci kunyit
5) 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
6) ½ cawan air asam jawa
7) 3 cawan air
8) 250g ikan pari (dipotong kecil)
9) 2 tangkai daun kesum
10) sayur masin (jika suka)
11) bendi
12) 3 sudu minyak masak - garam, gula dan sedikit lada hitam
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dan kecilkan api. 5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendi dan biarkan seketika sehingga bendi masak.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Resipi Ikan Pari Asam Pedas Simple Dan Cepat
Reviewed by C.I
on
June 05, 2020
Rating:

No comments: