Tip Penyusuan Ibu Di Bulan Puasa


1. Kekal tahap hidrasi

Minum air secukupnya di antara waktu berbuka dan sahur.Sila bangun untuk bersahur dan dapatkan hidangan anda serta air yang mencukupi untuk bertahan hingga ke waktu berbuka puasa.Buat anda yang berpuasa sekiranya tidak mampu jangan memaksa diri.

2. Makan makanan berkhasiat  

Amalkan diet yang seimbang dan pelbagai ketika berbuka dan bersahur.Buat anda yang sedang mengandung sila pastikan ambil karbohidrat yang mencukupi semasa bersahur dan pastikan makan secukupnya protein di waktu berbuka.Apa-apa pun sila pastikan makanan anda seimbang.Ada sayuran dan sebagainya.

3. Ambil makanan yang secukupnya ketikan bersahur

Buat anda yang sedang mengandung tolong lah Elakkan tidak bersahur perlu makan juga demi kandungan anda.Ambil makanan yang seimbang tak perlu banyak.Kekuatan anda kekuatan anak anda.

4. Pam berjadual seperti biasa

Kekalkan jadual pam walaupun berpuasa.Bangun untuk power pumping.Buat yang tidak puasa boleh menyusu cara biasa.

5. Kekal penyusuan di waktu malam 

Tidur awal bersama bayi untuk direct feed.Wanita mengandung memang perlu tidur awal dibulan puasa.Sekiranya anda tidak tidur awal macam mana nak puasa kan.

6. Tawakal kepada Allah

Berdoa kepada Allah dan amalkan zikir 'Ya Matin', ini yang paling bagus dilakukan buat umat islam.Buat yang bukan beragama islam sila ikut cara agama masing-masing.

7. Positif dan yakin 

Yakinlah bahawa anda mampu untuk menyusukan anak sepenuhnya.Yakin dan Takbir..
Tip Penyusuan Ibu Di Bulan Puasa Tip Penyusuan Ibu Di Bulan Puasa Reviewed by C.I on April 28, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.