5 Golongan Yang Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid-19 - KKM

Disini Kementerian Kesihatan Malaysia telah banyak mengeluarkan tip-tip untuk kita patuhi didalam keadaan negara kita yang telah diserang oleh virus Covid-19.

Untuk makluman semua ada 5 golongan yang berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan virus Covid-19.Golongan-golongan tersebut adalah :

1. Warga emas
- Seperti yang kita tahu warga emas memang mudah dijangkiti kerana tidak lagi mempunyai imun daya tahan yang tinggi oleh yang demikian sama-sama lah kita rakyat Malaysia menjaga golongan tua kita daripada berada diluar bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini.

2. Kanak-kanak
- Kanak-kanak kecil juga sama seperti golongan warga emas mudah dan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.Oleh yang demikian sama-sama lah kita memantau anak-anak kita dari terdedah daripada bahaya.Masih ramai rakyat Malaysia diluar sana yang masih tidak ambil endah nasihat dari Kementerian Kesihatan dengan membawa anak-anak mereka keluar beriadah ini adalah sangat merbahaya kepada anak-anak tersebut.

3. Wanita mengandung
- Wanita mengandung juga adalah salah satu golongan yang berisiko tinggi dijangkiti covid-19, kepada wanita yang sedang hamil anda teramat lah diminta menjaga kesihatan anda dan bayi yang dikandungi oleh anda.Kerana sikap acuh anda mungkin akan menyebab satu lagi nyawa yang tidak berdosa akan hilang.

4. Pesakit kronik ( Diabetis, Hipertensi, Jantung dan Asma )
- Kepada yang telah menghidap penyakit kronik seperti di atas, makan ubat-ubatan seperti biasa.Anda perlu berdisiplin buat masa sekarang mungkin dengan sikap anda yang tiak berdisiplin akan membuatkan anda mudah dijangkiti virus Covid-19.

5. Pesakit Imuniti Rendah ( Kanser dan HIV )
- Buat pesakit yang mempunya imuniti rendah tolong pastikan anda mengikut semua langkah-langkah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengelakkan dari dijangkiti Virus Covid-19.Stay at home satu saranan Kementerian Kesihatan yang paling mudah untuk anda ikuti.

Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia 

Dengan 5 info di atas diharap Rakyat Malaysia akan mengambil sikap serious, supaya kita dapat melawan dan membanteras virus Covid-19 yang sedang menular sekarang.


5 Golongan Yang Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid-19 - KKM 5 Golongan Yang Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid-19 - KKM Reviewed by C.I on March 22, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.