Tip Tempat-Tempat Perlukan Jarak Soial - KKM Covid-19


1. Membeli makanan di restoran
- Buat anda yang ingin membeli makanan direstoran ingat ok pastikan jarak 1 meter kalau boleh tolong fikir siap-siap di rumah apa makanan yang hendak dibeli.Jangan sampai di restoran baru nak terhegeh-hegeh beli macam hari-hari biasa.

2. Menggunakan kemudahan pengangkutan awam.
- Buat anda yang menggunakan pengangkutan awam ingat jangan pula duduk bersebelahan dengan orang lain mahupun tiba-tiba anda terjumpa kawan dari kampung sekali pun.

3. Membeli barang keperluan di pasaraya.
- Ini pun sama pastikan anda buat list dahulu dan pastikan betul-betul barang-barang yang hendak dibeli jangan sampai di pasaraya baru terhegeh-hegeh nak fikir.Jangan sampai DIVA AA datang sekolahkan anda.Ingat semasa membuat bayaran pastikan jarak satu meter dengan pelanggan yang lain.

4. Membeli ubat di farmasi
- Buat masa sekarang memang tidak dinafikan memang semua orang akan ke farmasi terutama sekali utk membeli sarung tangan dan penutup mulut@hidung.Tapi harus ingat walaupun farmasi adalah tempat menjual ubat jarak 1 meter mesti juga dilakukan.Virus ini tidak kira tempat semua tempat dia redah masuk.

5. Membuat urusan di ATM bank.
- Buat masa sekarang anda perlu rancang betul-betul berapa kos yang ada perlu supaya anda tidak berulang 3 atau 4 kali ke bank untuk keluarkan wang.Seeloknya sila guna Perbankan Internet untuk urusan selain mengeluarkan wang cash.

6. Mengisi minyak di stesen minyak.
- Sila pastikan jarak 1 meter.Rasanya sama sahaja dengan tip diatas.Rancang dahulu jangan sampai berkali-kali datang mengisi minyak.

Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia 

Sekiranya masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak paham bahasa, Eloklah kita hantar dia ke Wuhan.Sekian share guys


Tip Tempat-Tempat Perlukan Jarak Soial - KKM Covid-19 Tip Tempat-Tempat Perlukan Jarak Soial - KKM Covid-19 Reviewed by C.I on March 20, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.