Tip Jarak Sosial Jika Bergejala - Covid-19 KKM


Sepertimana yang kita ketahui negara kita sekarang sedang dilanda wabak virus Corona yang merebak dengan begitu pantas sekali jadi disini Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi garis panduan bagi mengelakkan jangkitan virus tersebut.

1. Duduk di rumah - Elakkan tempat tumpuan orang ramai
Jadi ingat guys elakkan pergi ketempat orang ramai berkumpul seperti pasaraya, kedai makan atau sebagainya kerana kita tidak tahu siapa yang mempunyai virus tersebut

2. Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain.
- Seperti yang kita tahu memang sudah menjadi budaya kita di negara Malaysia apabila berjumpa akan bersalaman tanda kasih sayang.Tapi guys buat masa sekarang elakkan daripada bersentuhan dengan orang lain kerana malang tidak berbau.

3. Pakai penutup mulut dan hidung apabila anda perlu keluar rumah.
- Sekiranya anda ingin keluar ke kedai atau melakukan urusan penting yang tidak dapat dielakan jadi pakai lah topeng muka dan sarung tangan sebagai langkah berhati-hati.

4. Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain.
- Sekiranya anda berada diluar pastikan jarak anda 1 meter daripada orang lain kerana virus tersebut mampu berjakit sekiranya anda berada dalam jarak kurang 1 meter dari pembawa virus.

Sekian perkongsian 4 tip berguna untuk kita rakyat Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakkan yang sedang berjalan sekarang.Semoga kita semua mampu berjuang menghapuskan virus ini.

Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia 

Untuk lebih info sila lawati laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia
Tip Jarak Sosial Jika Bergejala - Covid-19 KKM Tip Jarak Sosial Jika Bergejala - Covid-19 KKM Reviewed by C.I on March 20, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.