Tiada Pelawat Hospital Dibenarkan KKM COVID -19

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan 2  panduan untuk rakyat Malaysia yang ingin melawat pesakit di hospital-hospital tempatan.

1. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, TIADA pelawat dibenarkan masuk ke dalam wad kecuali bagi kes kecemasan dan sangat memerlukan.

- Jadi buat anda yang ingin datang melawat rakan-rakan, saudara-mara atau sebagainya adalah dinasihatkan supaya tidak perlu ziarah buat masa sekarang.Seperti yang kita tahu rakyat Malaysia masih kurang matang lagi dalam menghadapi situasi kecemasan, rasanya ini adalah kali kedua negara kita terlibat dengan situasi kecemasan, yang pertama adalah ombak tsunami walaupun kerajaan memberi arahan menjauhi pantai tapi masih ramai rakyat Malaysia yang degil.

2. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, jika diperlukan, HANYA SEORANG (1) sahaja dibenarkan semasa temujanji klinik kecuali untuk pesakit kanak-kanak atau pesakit yang memerlukan bantuan atau kes kecemasan.

- Kalau anda perlu berjumpa doktor pastikan seorang sahaja, tidak perlu bawa orang lain ikut sekali.Cuma kalau bawa anak ataupun orang tua yang tak bermaya jadi anda boleh bantu dan ikut sekali berjumpa doktor.Senang kata sekiranya tiada keperluan kita dinasihatkan duduk sahaja dirumah.

Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia 

Ci : Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan buat anda semua.Share guys

Untuk lebih info sila lawati laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia
Tiada Pelawat Hospital Dibenarkan KKM COVID -19 Tiada Pelawat Hospital Dibenarkan KKM COVID -19 Reviewed by C.I on March 19, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.