Sepertimana yang kita tahu Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan perintah kawalan yang harus Rakyat Malaysia patuhi bagi mengekang daripada merebaknya virus Covid 19 Corona secara meluas.
Berkenaan dengan perintah kawalan tersebut ramai rakyat Malaysia panik dengan membeli stok barang keperluan harian dengan banyak, sehinggakan kehabisan stok, akibat daripada pembeli yang membeli melebihi daripada keperluan harian yang sepatutnya.
Disini ada sedikit info yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai menanggani masalah stok keperluan harian dan semua rakyat Malaysia tidak perlu panik tetapi seharusnya bertenang.
1. Makanan Barang Kawalan Makanan Asas Cukup
- Disini jelas seperti yang di umumkan pihak KKM makanan keperluan asas adalah cukup untuk rakyat Malaysia.Jadi rakyat Malaysia tidak perlu membeli melebihi daripada keperluan.Sekiranya anda beli secara berlebihan juga akan menyebabkan anda rugi sekiranya barang makanan asas tersebut rosak.
2. Anda Masih Boleh Keluar Beli Barang Keperluan
- Seperti yang kita tahu sektor peruncitan masih lagi dibuka seperti biasa.Oleh yang demikian kedai runcit dan pasaraya masih beroperasi seperti biasa jadi anda tidak perlu panik.Cuma anda perlu elakkan daripada pergi ke pasaraya atau kedai runcit yang sesak dengan manusia bagi mengelakkan kemungkinan dijangkiti Virus Covid 19.
3. Bekalan Cukup Untuk Semua, Jika Kita Bekerjasama Tidak Beli Secara Panik.
- Secara Purata barang keperluan asas di negara kita adalah cukup kerana sekarang adalah bukan musim perayaan atau sebagainya yang akan menyebabkan barang keperluan asas menjadi tidak cukup.Barang keperluan asas di negara kita akan menjadi tidak cukup apabila kita menjadi panik dan menjadi pengguna yang tidak bertanggung jawab dengan membeli secara berlebihan, ini akan menyebabkan barang keperluan di negara kita kehabisan stok.Jadi anda perlu bersikap bertimbang rasa dan tidak panik.
4. Membeli Berlebihan merugikan Sahaja Kerana Barangan Ada Tempoh Hayatnya
- Seharusnya anda perlu menjadi pengguna yang bijak supaya tidak membeli barang keperluan asas secara berlebihan kerana tidak semua barangan tersebut mempunyai jangka hayat yang lama.Oleh yang demikian anda harus bijak dan tidak panik.
5. Pembelian Panik Menyebabkan Manipulasi Harga Dan Bekalan Dalam Pasaran.
- Sekiranya kita pengguna menjadi panik ini akan menyebabkan barang menjadi kehabisan stok, oleh yang demikian akan anda segelintir peniaga akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga.Seperti yang kita tahu sekarang sudah ada peniaga yang cuba untuk menjual Face Mask dengan harga Rm 3.00 sehelai sedangkan harga sebenar adalah Rm 5.00 ke RM 7.00 untuk satu bungkus ( Bundle )
Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia
Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia
CI : Jadi korang harus jadi bijak dengan tidak menjadi panik.Semoga kita semua tabah menghadapi dugaan yang sedang melanda di negara kita skarang.
Untuk lebih info sila lawati laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia
5 sebab Penting Hentikan Panik Buying (KKM, Virus Corona,Covid 19)
Reviewed by C.I
on
March 17, 2020
Rating:
No comments: