Harga Face Mask / Topeng Muka Ramai Peniaga Ambil Kesempatan

Seperti yang kita tahu dunia sekarang sedang dilanda wabak Corona Virus yang dapat merebak dengan begitu pantas.Untuk makluman semua sekarang di Malaysia kes telah meningkat sebanyak 200% iaitu lebih kurang 400 kes.

Apa yang dikesalkan sekarang masih ada golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan menjual face mask atau topeng muka.

Seperti gambar rajah diatas kita boleh nampak ada sesetengah peniaga dikalangan nitizen begitu rakus mengambil kesempatan dengan menjual sehelai mask dengan harga RM 3.00 sedangkan harga yang sebenar yang diluluskan kementerian Jan 2020 satu bungkus (bundle) adalah RM 5 - 7 di bawah adalah harga yang dibenarkan oleh pihak kerajaan Malaysia.

1. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan 1 Lapisan (Gelung Telinga)



Borong: RM5.00 Sekotak



Runcit: RM7.00 Sekotak

2. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan 2 Lapisan (Gelung Telinga)

Borong: RM 8.00 Sekotak

Runcit: Rm 10.00 Sekotak / RM 0.20 Seunit

3. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan 3 Lapisan (Gelung Telinga / Gelung Kepala)

Borong: RM 25.00 Sekotak

Runcit: RM 0.80 Seunit

4. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan 3 Lapisan (Ikatan Pada Kepala)

Borong: RM 30.00 Sekotak

Runcit: RM 0.80 Seunit

5. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan N95

Borong: RM 100.00 Sekotak

Runcit: RM 6.00 Seunit

Sepatutnya peniaga tersebut mengambil peluang beramal pada situasi sekarang bersedekah dan membantu orang ramai ini dia sembelih pula orang awam.

Peniaga seperti ini memang banyak di mana-mana sahaja mengambil kesempatan diatas kesusahan orang ramai.Semoga pihak berwajib ambil tindakan segera terhadap peniaga tersebut

Nota : Saya pun takut juga nak keluar rumah sebenarnya so menulis blog saja lah musim cuti ni untuk hilangkan bosan..Komen dibawah guys tanda sokong

Untuk lebih info sila lawati laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia
Harga Face Mask / Topeng Muka Ramai Peniaga Ambil Kesempatan Harga Face Mask / Topeng Muka Ramai Peniaga Ambil Kesempatan Reviewed by C.I on March 15, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.