Resipi Kuih Ketayap / Gulung


Resipi Kuih Ketayap / Gulung

Kuih ketayap memang tidak asing lagi di negara Malaysia.Pengalaman makan kuih ini memang sentiasa makan kerana salah satu dari kuih kegemaran saya.Setiap kali ke kedai kuih kalau nampak kuih ini wajib saya akan beli.Kuih ini teksturnya sangat lembut dan intinya yang manis memang akan buat sesiapa sahaja yang makan merasa puas hati.Kuih ketayap memang banyak dijual oleh peniaga di Malaysia jadi sangat senang untuk didapati dimana-mana sahaja.


Bahan A (Inti Kelapa Serba Guna) 

- 1 biji kelapa parut putih 
- 1 cawan air (secukupnya) 
- 1 ketul gula nipah (120g) 
- 3/4 cawan gula merah 
- 1 sudu besar gula 
- 1 sudu besar tepung gandum 
- 3 helai daun pandan 
- sedikit garam


Cara-Cara (Untuk Inti) :

1. Masukkan gula nipah, nipah merah, daun pandan, garam dan sedikit air.Masak hingga gula larut. 

2. Masukkan kelapa parut, gaul rata (tambah air jika perlu) masukkan gula pasir (jikaperlu)ikut selera. 

3. Taburkan tepung gandum dan masak hingga Inti Kelapa kelihatan seperti gambar di atas 

Bahan B (Kuih Dadar/Crepe) :

- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1/2 cawan santan
- 1 biji telur
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar minyak masak
- sedikit garam
- 2 helai daun pandan

Cara-Cara :

1. Satukan semua bahan b ke dalam pengisar.Kisar halus.Kemudian tapiskan. Rehatkan adunan selama 10 minit

2. Panaskan non stick pan, oleskan dengan sedikit minyak.

3. Tuang adunan kuih ketayap angaran 1 senduk, ratakan ke selurahan pan. Biarkan selama beberapa minit hingga crepe masak (guna api kecil sahaja).Tak perlu terbalikkan crepe.Kaedah sama seperti membuat roti jala

4. Kemudian angkat crepe.Ulang proses hingga adunan habis

5. Letakkan Inti Kelapa secukupnya.Kemudian gulung dengan kemas.Kuih Ketayap siap.Selamat mencuba.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap Resipi Kuih Ketayap / Gulung yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Ketayap / Gulung Resipi Kuih Ketayap / Gulung Reviewed by C.I on May 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.