Resepi Kuih Buah Bidara


Resepi Kuih Buah Bidara

Kuih bidara memang sangat popular, boleh dikatakan kuih ini sangat mudah untuk didapati.Tekstur tepung yang lembut dan inti gula merah yang manis dibahagian dalam pasti akan buat sesiapa sahaja yang memakannya puas hati.Saya boleh dikatakan salah seorang daripada peminat kuih buah bidara.Buat anda yang ingin cuba memasak sendiri dirumah sila salin resipi dibawah.

Bahan-Bahan :

1) 1 cawan tepung gandum
2) Inti kelapa secukupnya
3) 2 cawan isi keledek, dilecek
4) ½ biji kelapa putih, diparut Bahan-bahan inti:
5) ½ cawan gula merah
6) ¾ cawan gula putih
7) 2 cawan kelapa parut muda
8) 2 atau 3 sudu makan tepung gandum dan daun pandan

Cara-cara :


1. Gaul keledek dengan tepung hingga rata. 

2. Kemudian bulat-bulatkannya seperti membuat buah melaka. 

3. Isilah inti kelapa di dalamnya dan rebus sehingga ia timbul dan angkat. 

4. Setelah diangkat, gaulkan dengan kelapa parut. 

5. Untuk menghasilkan inti, gaul kesemua Bahan-bahan inti dan jeranglah hingga masak.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resepi Kuih Buah Bidara yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resepi Kuih Buah Bidara Resepi Kuih Buah Bidara Reviewed by C.I on May 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.