Resipi Kuih Bengkang / Bingka Ubi


Resipi Kuih Bengkang Ubi
Kuih bingka ubi memang tidak asing lagi dinegara kita.Saya juga selalu makan kuih ini kerana ia boleh mengeyangkan perut kita, mungkin kerana kandungan ubi yang banyak didalam kuih ini.Kuih bingka ubi juga memang senang didapti di kedai kuih untuk dijadikan sarapan pagi.Cara membuatnya pun tidak susah dan bahan-bahan yang diperlukan juga sikit.Apa-apa pun selamat mencuba resipi kali ini

Bahan-bahan diperlukan :

1) 2 kilo ubi kayu kuning @ putih.
2) 2 1/2 cawan gula pasir
3) 4 1/2 cawan santan pekat
4) 1 sudu teh garam
5) sagu dari ubi kayu

Cara menyediakan dan memasak : 


1. Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
2. Kemudian sagat ubi dengan sagat kelapa.
3. Setelah habis sagat perah ubi dengn kain bersih untyk mengeluarkan airnya.
air dari perahan tadi jangan terus dibuang.biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
4. Setelah itu tuang air perahan tadi perlahan-lahan dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
5. Kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
tuang adunan dalam acuan yang telah disapu dengan minyak kelapa @ butter.
bakar dalam oven 180C selama 1 setengah jam @ sehingga masak.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap Resipi Kuih Bengkang Ubi yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Bengkang / Bingka Ubi Resipi Kuih Bengkang / Bingka Ubi Reviewed by C.I on May 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.