Resipi Kuih Bengkang / Bingka Gandum


Resipi Kuih Bengkang / Bingka Gandum

Kuih bingka gandum sebenarnya sama sahaja seperti kuih bingka yang lain cuma kuih ini dibuat dengan menggunakan gandum.Rasanya sedap seperti gandum.Sesuai dijadikan hidangan buat seisi keluarga dan sesuai juga dijadikan satu perniagaan kerana kuih bingka gandum juga mempunyai permintaan yang tinggi diluar.  

Bahan-bahan diperlukan :
1) 2 cawan tepung gandum (Diayak)
2) 1 cawan gula pasir
3) 3 biji telur
4) 1½ cawan susu cair
5) 1 cawan air
6) Sedikit marjerin (Bagi disapu pada loyang) 

Cara menyediakan dan memasak :

1. Panaskan oven pada suhu 170°C menggunakan api bahagian atas dan bawah.

2. Gaulkan semua bahan supaya sebati.

3. Tapiskan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit marjerin.

4. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 20 minit.

5. Bakar lagi menggunakan api bahagian atas sahaja selama 10 minit supaya nampak garing.
6. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resipi Kuih Bengkang / Bingka Gandum yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih




Resipi Kuih Bengkang / Bingka Gandum Resipi Kuih Bengkang / Bingka Gandum Reviewed by C.I on May 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.