Resipi Kuih Batang Buruk


Resipi Kuih Batang Buruk

Kuih batang buruk adalah satu kuih yang semakin dilupakan oleh rakyat Malaysia.Rasa kuih memang sedap dan rangup.Pengalaman dengan kuih ini sangat banyak kerana ibu saya satu ketika dulu pernah menjadi seorang peniaga kuih ini.Jadi saya akan jadi pos laju untuk menghantar kuih batang buruk yang ditempah ke setiap rumah ditaman saya dahulu.Kuih ini sesuai dijadikan hidangan pada hari raya atau dijadikan perniagaan.

Bahan-bahan diperlukan :

1) 1 bungkus kulit popia (5" x 5")
2) Kacang hijau (secukupnya)
3) Gula halus(icing) secukupnya
4) Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan dan memasak :

1. Potong kulit popia 1 inci lebar, kemudian gulung, lekatkan gulungan menggunakan telur @ air. potong pendek

2. Goreng terendam sehingga kulit popia kekuningan @ masak.

3. Untuk kacang hijau pula, kacang hijau digoreng terlebih dahulu menggunakan api perlahan tanpa minyak. goreng sehingga kulit kacang hijau bertukar warna

4. Apabila sudah masak, sejukkan, kemudian kisar sehingga halus. kemudian ayak.

5. Campurkan kacang hijau kisar dengan gula halus. salut kulit popia menggunakan campuran kacang hijau dengan gula. simpan dalam bekas kedap udara. Gula adalah mengikut citarasa anda

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resipi Kuih Batang Buruk yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih


Resipi Kuih Batang Buruk Resipi Kuih Batang Buruk Reviewed by C.I on May 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.