Beli External Hard Disk ADATA 500 Gb Dan Format Komputer

Ceritanya nak beli external Hardisk ni dah lama sungguh.Asyik tangguh dari hari ke hari, itulah tabiat saya yang paling baik sehingga sekarang hehe.Akhir sekali beli juga saya tu pun bila ada di kampung, maybe dah tak ada menda nak buat kot.Setelah puas mencari arkhirnya saya beli juga external hard disk brand ADATA 500 GB.
Actually Adata ni adalah brand baru kat malaysia ni.Tidak lah sepopular jenama samsung dan sebagainya.Hasil dari pertanyaan boleh lah beli sebab agak tahan dan harga pun tak lah mahal sangat. RM 196.00. Apa dapat kalau beli ini ialah wayar usb satu dan buku manual guide satu.
Ok ni satu tip nak bagi kat kawan-kawan semua, kalau dah beli external hard disk langsung-langsung lah beli terus begnya.Jangan tangguh kata nak beli kemudia sebab benda ni agak sensitif kalau terjatuh.Ingat kalau rosak benda ni hilanglah semua data kita.
Kalau nak pakai just keluarkan wayar usb tu dan cucuk je kat komputer terus senangkan :)
Dah habis pakai masukkan semula dalam beg.Baru lah tahan lasak dan lama sikit external hard disk kita.
Lepas beli anda akan dapat resit, paling berbulu kena gst sampai beringgit-ringgit.Tak paham dengan kerajaan kita dulu kata GST tak membebankan rakyat sekarang tengok semua pun dah kena cukai gst minum teh ais kedai mamak pun kena cukai gst...Parah ekonomi!!!!
Alang-alang dah sampai kedai komputer saya bawa la sekali CPU sebab nak format.Kalau CPU anda rasa berat semacam sampai anda rasa uncontrolled eloklah ikut tip saya back up data dan hantar kedai untuk format dan service cuma RM 40.00 ke 70.00 sahaja.Kalau pandai format sendiri lagi bagus jimat sikit.

CINTA : Nasihat saya kepada sesiapa yang ada komputer dirumah sebenarnya harus ada external hard disk untuk buat back up data.Jangan jadi macam saya banyak file dah hilang sebab CPU terkena virus.Bertindak sebelum kena.
Beli External Hard Disk ADATA 500 Gb Dan Format Komputer Beli External Hard Disk ADATA 500 Gb Dan Format Komputer Reviewed by C.I on July 03, 2015 Rating: 5

4 comments:

Powered by Blogger.