Resipi Kuih Lepat Pisang


Resipi Kuih Lepat Pisang

Kuih lepat pisang memang diantara kuih yang paling popular di malaysia.Kuih ini memang mudah, pisang pun memang mudah didapati di pasar.Tip makan kuih lepat pisang, sila pastikan anda makan kuih ini bersama air teh panas memang terangkat habis.Masa yang diperlukan bagi peyediaannya cuma  30 ke 40 minit sahaja.Jadi tiada alasan, anda boleh mencuba sendiri buat dirumah.

Bahan-­bahan : 

1) 6 biji pisang masak (buang kulit) 
2) 1 cawan gula 
3) 2 cawan tepung gandum (ayak) 
4) ½ biji kelapa parut 
5) ½ sudu teh garam 
6) Daun pisang secukupnya (layur diatas api) 

Cara-cara : 

1) Panaskan pengukus. 

2) Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati. 

3) Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1 sudu adunan pisang ditengah­tengahnya secara memanjang. Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah­tengahnya sebagai inti. Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan pisang. Balut adunan itu dengan lipat kedua­dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis. 

4) Letakkan dalam dulang pengukus dan kukus selama ½ jam atau hingga masak. Sedia untuk dihidangkan

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Lepat Pisang yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Lepat Pisang Resipi Kuih Lepat Pisang Reviewed by C.I on April 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.