Resipi Kuih Sagu


Resipi Kuih Sagu

Kuih Sagu memang tidak asing lagi di negara kita.Sekiranya anda keluar membeli kuih untuk dijadikan sarapan pagi boleh dikatakan ramai peniaga yang menjualnya.Kuih yang manis, sagu yang lembut disalut dengan kelapa parut memang satu gabungan yang sempurna.Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang boleh lah cuba resipi kuih ini.


Bahan­-bahan : 


1) ½ gelas sagu biji (bilas bersih) 
2) 3 gelas air 
3) 6 sudu makan gula 
4) ½ sudu teh pewarna merah / hijau 
5) 1 helai daun pandan 
6) ½ biji kelapa parut muda (putih sahaja) 
7) ½ sudu teh sedikit garam 

Cara-cara : 

1) Masukkan gua, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga gula larut dan mendidih. 

2) Keluarkan daun pandan. Masukkan pewarna dan sagu biji. Kacau hingga sagu kembang. 

3) Angkat dan masukkan ke dalam loyang. Biarkan sejuk. 

4) Potong dan gaul dengan kelapa parut. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap Resipi Kuih Sagu yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Sagu Resipi Kuih Sagu Reviewed by C.I on April 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.