Resipi Tart Nenas
Bahan-Bahan diperlukan
Bahan-bahan untuk jem :
1) 2 biji nenas, parut dan toskan air
2) 600 gram gula
3) 1 batang kayu manis
4) 2-3 titik pewarna kuning
Bahan-bahan untuk hiasan :
1) 1 biji kuning telur
1) 1 sudu air
1) Setitik pewarna kuning
Bahan-bahan untuk tart :
1) 125 gram butter, premium Anchor butter
2) 1 sudu besar gula kastor
3) 1 biji kuning telur
4) 1 sudu besar minyak sapi
5) 1 3/4 cawan tepung gandum*
6) 1/4 cawan tepung jagung*
7) 1 sudu besar tepung kastard*
8) 1/2 sudu kecil garam halus, (jika guna unsalted butter)
Cara-cara penyediaan :
Cara-cara peyendiaan untuk jem nenas :
1. Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
2. Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.
Cara-cara penyediaan untuk bahan hiasan :
1. Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.
Cara-cara penyediaan untuk tart :
1. Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut.Rehatkan seketika.
4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur.
5. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
6. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.
Tips : Jika doh masih agak keras, uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi senang untuk diterap.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share sahabat semua
CI : Di harap Resipi Tart Nenas yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Tart Nenas
Reviewed by C.I
on
May 18, 2020
Rating:
No comments: