Negara Malaysia sekarang sedang melaksanakan Perintah kawalan Pergerakan bagi mengekang atau memutuskan rantaian wabak virus Covid-19.Oleh yang demikian Pihak penguatkuasa yang terlibat sedang menguat kuasakan lagi kawalan bagi mereka nitizen yang masih ingkar untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan semasa PKP.
Tahukah anda sekiranya anda didapati melanggar PKP anda akan berhadapan dengan situasi-situasi seperti dibawah.
1. Langgar peraturan.
- Anda akan dihadapkan ke mahkamah dan akan dijatuhi hukuman penjara mengikut akta yang telah ditetapkan.
2. Masuk Penjara.
- dengan secara automatiknya anda akan bergelar banduan.Setelah anda di bebaskan anda akan digelar bekas banduan.
3. Jadi banduan.
- Sekiranya anda telah menjadi banduan ini bermaksud anda akan mempunyai rekod polis secara sah.
4. Ada rekod kekal.
- tahukah anda sekiranya anda mempunya rekod dengan pihak berkuasa itu adalah bersifat kekal buat selamanya.Hanya pengampunan diraja sahaja dapat hapuskan rekod anda.
5. Hidup susah.
- Apabila anda mempunyai rekod ini akan menyebabkan anda sukar untuk mendapatkan kerja.Tidak ramai majikan yang mahu mengambil pekerja yang mempunyai rekod jenayah.Sekiranya ada majikan yang sanggup anda memang sangat beruntung.
6.Nasihatkan anak remaja anda.
- Anda sebagai orang yang berusia harus memainkan pernan penting dengan nasihat dan tegur golongan remaja yang masih degil berkeliaran di masa PKP.Jelas kepada mereka keburukan yang akan mereka hadapi.
7.Pilih duduk rumah @ pilih duduk penjara.
- Jadi keputusan di tangan anda.Buat pilihan dengan bijak guys
Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia
Akibat Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan
Reviewed by C.I
on
April 05, 2020
Rating:
No comments: