Resipi Kuih Getas


Resipi Kuih Getas

Kuih Getas adalah satu kuih tradisional yang semakin dilupakan.Memang agak susah sekiranya kita hendak mencari peniaga-peniaga yang menjual kuih ini.Tetapi di bahagian daerah pantai timur masih banyak peniaga yang menjual kuih ini.Sekiranya anda mempunyai masa lapang yang banyak boleh cuba resipi kuih Getas kerana bahan-bahannya amat mudah dan masa untuk menyiapkan kuih Getas juga sangat singkat.Mari kita kekalkan kuih tradisional kita agar tidak hilang dimuka bumi ini

Bahan­-bahan : 

1) 1 bungkus tepung pulut 
2) 1 biji kelapa parut (putih sahaja) 
3) 1 sudu teh garam 4) Air suam secukupnya 
5) ½ ­- 1 kg minyak masak (untuk menggoreng) 
6) Gula halus 

Cara-cara: 

1) Gaul rata tepung pulut, kelapa parut dan garam. 

2) Tambah air suam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. 

3) Ambil sedikit doh, bentukkan bujur dan leper. 

4) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan. 

5) Goreng doh sehingga kuning­-kekuningan. Angkat dan gaulkan dengan gula serbuk. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap Resipi Kuih Getas yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Getas Resipi Kuih Getas Reviewed by C.I on April 04, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.