Resipi kali ini adalah resipi yang mudah, ringkas dan sedap dimakan.Masa penyediaan juga lebih kurang 15 minit sahaja.Cucur udang bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan dirumah malah ia juga boleh dijadikan perniagaan kerana permintaan yang tinggi daripada penggemar cucur udang.
Bahan-bahan:
Untuk sos :
1) 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
2) 2 ulas bawang putih (ketuk)
3) 1 cm halia
4) 1 sudu teh garam
5) 2 sudu makan gula
6) 2 sudu makan gula merah
7) ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar separa halus)
Untuk cucur :
1) 1kg tepung gandum
2) 300 gram udang basah (saiz kecil / sederhana)
3) 2 pokok daun bawang (potong kecilkecil)
4) 500 gram taugeh
5) 1 sudu teh baking powder
6) 1 sudu teh garam
7) ½ sudu teh serbuk kunyit
8) Air secukupnya
9) ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara :
Untuk sos cucur udang :
1) Satukan semua bahan kecuali kacang tanah di dalam periuk. Reneh dan kacau sehingga gula larut. Biarkan mendidih seketika.
2) Masukkan kacang tanah. Tutup api dan ketepikan.
Untuk cucur :
1) Campurkan kesemua bahan kecuali udang dan minyak masak di dalam mangkuk. Bancuh pekat dengan air yang mencukupi. Biarkan selama 1 jam.
2) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
3) Kaup adunan dengan senduk separa bulat, letak 1 / 2 ekor udang basah di atas adunan. Masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Goreng sehingga keemasan. Angkat dan tos.
4) Hidang bersama sos cucur udang. Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Kuih Cucur Udang yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Resipi Kuih Cucur Udang
Reviewed by C.I
on
April 04, 2020
Rating:
No comments: