Resipi Kuih Lapis Keladi


Resipi Kuih Lapis Keladi

Resipi kuih lapis keladi sebenarnya sama sahaja dengan resipi kuih lapis yang lain cuma berbeza bahan utama sahaja.Sekiranya anda mempunyai masa terluang yang banyak atau ingin cabaran dalam membuat kuih, resipi ini memang sesuai untuk dicuba oleh anda dirumah.

Bahan-­Bahan: 

1) 1 ½ cawan tepung gandum 
2) 2 sudu makan tepung beras 
3) 2 sudu makan tepung jagung 
4) ¾ cawan gula 
5) 3 cawan santan 
6) 1 sudu teh garam 

Bahan-bahan Untuk lapisan 

Bahan A : 

1) ½ cawan air 
2) 1 sudu makan pes keladi 
3) pewarna ungu Untuk lapisan 

Bahan B: 

1) ½ cawan keladi parut 
2) ½ cawan air 

Cara-cara: 

1) Panaskan kukusan. 

2) Kisar semua bahan kecuali bahan untuk lapisan dan tapis. 

3) Bahagikan adunan pada 2 bahagian. 

4) Masukkan bahan A dalam bahagian 1. 

5) Masukkan bahan B dalam bahagian 2. 

6) Sapu rata loyang dengan minyak. 

7) Masukkan 1 cawan adunan bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 3 minit. 

8) Lapiskan 1 cawan adunan bahan B dan kukus lagi selama 3 minit. 

9) Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis. 

10) Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Lapis Keladi yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Lapis Keladi Resipi Kuih Lapis Keladi Reviewed by C.I on April 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.