Resipi Kuih Lapis Coklat Jagung


Kuih Lapis Coklat Jagung

Kuih Lapis Coklat Jagung memang susah hendak didapati di kedai-kedai makanan.Mungkin tidak banyak permintaan atau susah hendak dibuat.Tetapi sebenarnya kuih lapis coklat jagung memang amat sedap dimakan sangat lemak dan manis.Sekiranya anda ada masa terluang dirumah boleh cuba resipi ini.Untuk pengehtahuan anda kuih lapis coklat memang ada potensi untuk di jadikan perniagaan maksudnya dijual secara komersial, tetapi perlu ada strategi pemasaran yang bagus.InsyaAllah boleh berjaya.

Bahan-­bahan: 


1) 2 cawan tepung gandum 
2) 2 sudu makan tepung beras 
3) 2 sudu makan tepung kastad 
4) 3/4 cawan gula 
5) 4 cawan santan 
6) 1 sudu teh garam 
7) ½ cawan isi jagung (kisar bersama ½ cawan air) 
8) 1 sudu makan serbuk coklat (bancuh dengn ½ cawan air suam) 

Cara-cara: 

1) Panaskan kukusan. 

2) Kisar semua tepung, gula dan santan. Tapis. 

3) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 

4) Masukkan jagung dalam bahagian 1 dan gaul rata. 

5) Masukkan coklat dalam bahagian 1 dan gaul rata. 

6) Sapu rata loyang dengan minyak masak. 

7) Masuk 1 senduk adunan koko dan kukus selama 3 minit. 

8) Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 3 minit. 

9) Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis. 

10) Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Kuih Lapis Coklat Jagung yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Lapis Coklat Jagung Resipi Kuih Lapis Coklat Jagung Reviewed by C.I on April 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.