Resipi Kuih Lempeng Coklat



Resipi Kuih Lempeng Coklat
Resipi kali ini adalah resipi tradisional tetapi kalau anda pandai hias dan pelbagaikan perisa ia akan nampak seperti resipi yang hebat.Lempeng memang sangat mudah dibuat dan sangat menyelerakan.Sesuai dihidangkan pada anak-anak anda.

Bahan-­bahan : 

1) 3 biji telur 
2) 1 sudu makan gula kastor atau gula perang 
3) 1 gelas susu segar 
4) 1 cawan tepung naik sendiri 
5) 1 sudu makan serbuk koko 
6) 2 sudu makan mentega cair 
7) Madu (untuk cicah) 

Cara-cara : 

1) Pukul telur dan gula sehingga kembang. 

2) Masukkan susu dan tepung berselang seli dan serbuk koko. 

3) Masukkan mentega cair dan gaulkan rata dan sebati. 

4) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata minyak masak/mentega 

5) Tuang sebahagian adunan tadi ke atas kuali. Balikkan apabila satu bahagian separa masak. Angkat setelah masak. Buat hingga habis. 

6) Hidangkan bersama madu dan boleh hiaskan dengan hirisan buah segar. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Lempeng Coklat yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Lempeng Coklat Resipi Kuih Lempeng Coklat Reviewed by C.I on April 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.