1. Pesakit yang sembuh tidak menjangkiti orang lain.
- Untuk makluman anda pesakit yang sudah sembuh tidak menjangkiti orang lain.Jadi anda tidak perlulah takut-takut atau berfikiran negatif terhadap mereka.Sekiranya mereka tidak sembuh pasti pihak hospital tidak akan memberi kebenaran kepada mereka untuk pulang ke rumah.Stay positif guys.
2. Covid-19 tidak mengenal bangsa, agama dan status
- Satu lagi sekarang boleh dikatakan ramai netizen suka untuk melabel bangsa atau agama tertentu yang menyebabkan virus ini tular.Hello virus ini tidak kenal siapa-siapa pun ok.Covid-19 telah menjangkiti pelbagai bangsa di pelusuk dunia.Jadi buat anda yang berfikiran begini tolong hentikan menjadi orang yang rasis kerana Malaysia adalah negara yang berbilang kaum.
3. Jangan labelkan bekas pesakit sebagai kes atau mangsa Covid-19
- Tolong lah guys jangan labelkan bekas pesakit atau mangsa covid-19 mengikut sedap mulut anda.Anda perlu paham apa yang sedang terjadi sekarang di negara kita malah di seluruh dunia adalah satu wabak yang tidak diketahui lagi cara membendungnya.Jadi tolong jaga kata-kata dan bahasa anda buat masa sekarang.Mungkin bahasa anda akan menghiris perasaan orang lain.
4. Beri sokongan kepada individu yang telah sembuh dan keluarga.
- Sekiranya anda mempunyai kenalan atau saudara terdekat yang telah sembuh dari Covid-19 tolong beri sokongan kepada mereka.Tak susah pun hanya beri kata semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan mereka.Cuba anda bayangkan bagaimana mereka berperang melawan virus untuk terus hidup dan kembali sihat, jangan bila mereka sihat anda pula menyerang mental mereka dengan kata-kata negatif.Kita perlu bersatu padu menolong sesama saudara Malaysia kita.
Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia
Jangan Pandang Negatif Terhadap Pesakit Covid-19 Dan Ahli Keluarganya
Reviewed by C.I
on
April 10, 2020
Rating:
No comments: