Lempeng Pisang memang tidak asing lagi di bumi tanah melayu.Makanan yang sangat pantas dibuat, sesuai dimakan bersama keluarga.Lempeng Pisang juga sebenarnya sesuai sangat apabila kita sedang kekurangan budget bulanan.Satu makanan yang sangat menjimatkan kos dan boleh kenyangkan perut kita.Selalunya orang zaman dahulu kala memang suka sangat menyediakan lempeng pisang buat keluarga.Apa kata anda pula cuba buat dirumah anda.
Bahan-bahan :
1) 2 sisir pisang berangan masak (lecek)
2) 1 cawan tepung gandum
3) ½ cawan gula
4) ½ biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
5) ½ sudu teh garam
6) Daun pisang secukupnya
Cara-cara :
1) Masukkan tepung dan gula ke dalam pisang yang telah dilecek dan gaul rata.
2) Kaut 1 senduk adunan pisang dan ratakan di atas daun pisang. Jangan terlalu tebal.
3) Taburkan kelapa ke atas adunan pisang tadi dan lipat dua daun pisang.
4) Bakar di atas kuali leper (pan) sehingga separa masak dan balikkan. Bakar hingga masak. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Kuih Lempeng Pisang yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Resipi Kuih Lempeng Pisang
Reviewed by C.I
on
April 10, 2020
Rating:
No comments: