Bahan-bahan:
1) 1 cawan tepung beras
2) ½ cawan tepung jagung
3) ½ cawan tepung gandum
4) ½ cawan gula
5) 3 cawan santan
6) 2 tongkol jagung dihiris
7) 1 sudu teh garam
8) Daun pisang secukupnya (layur diatas api) boleh juga gunakan daun Jagung
Cara-cara:
1) Gaul sebati semua bahan kecuali jagung dan daun pisang. Tapiskan.
2) Masukkan jagung dan kacau rata.
3) Masakkan adunan sehingga kental.
4) Panaskan kukusan.
5) Ambil sekeping daun pisang, letakkan 2 sudu adunan jagung ditengahtengahnya secara memanjang. Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis.
6) Kukus selama setengah jam atau hingga masak. Sedia untuk dihidangkan
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Kuih Lepat Jagung yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Lepat Jagung
Reviewed by C.I
on
April 10, 2020
Rating:
No comments: