NOTA: Anda juga boleh melihat versi video - Tip Memikat Hati Suami
1) Masa suami sedang memandu, urutlah bahagian tengkuk suami dengan mesra supaya lega rasa suami yang sedanf penat memandu.
2) Kalau hendak tidur, tidurlah laksana suami menjadi pakaian bagi isteri dan isteri menjadi pakaian bagi suami.
3) Makan pulak biarlah saling menyuapkan atau senang kata berkongsi pinggan.
4) Luangkan masa mandi bersama suami seperti Rasulullah bersama Siti Aisyah.
5) Salam dan peluk suami sebelum pergi kerja supaya anda berdua akan kekal terus dalam ingatan bersama sepanjang masa berpisah.
6) Tanya suami apa yang nak dia nak makan, macam mintak order bukan terus sahaja masak apa yang kita suka. sekurang-kurangnya berilah dia pilihan.
7) Pujilah suami, jadikan budaya saling puji-memuji ini sebagai rutin harian bersama. Jangan biarkan orang lain pulak yang puji suami kita.Masa itu baru hendak cemburu?
8) Jadilah pendengar yang setia...bukan pembebel sepenuh masa.
9) Sentiasa wangikan diri dan cantikkan diri, bukankah fitrah manusia suka pada sesuatu yang cantik dan wangi?
Itu antara olahan tips yang sempat saya ingat dari Ustaz Fauzi dalam ruangan Motivasi pagi dan ambil dari pembacaan dan pengalaman.
Semoga kita semua berjaya memikat hati suami sentiasa.amin.
Akhir kata dari saya semoga anda semua boleh tinggalkan pendapat atau pengalaman anda di ruang komen di bawah supaya boleh dikongsikan bersama pembaca lain.Jangan lupa klik butang SHARE ok.
CI : Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Semoga para-para isteri diluar sana dapat menfaatkan info ini untuk mendapat sebuah keluarga yang bahagia InsyaAllah.Sekian Terima Kasih
Tips Memikat Hati Suami
Reviewed by C.I
on
April 10, 2020
Rating:
nad setuju sgt dgn tips yang dikongsikan.. kdg2 kita malu untuk memeluk pasangan sebelum pergi ke tmpat kerja sedangkan melalui pelukan sebenarnya akan mengeratkan hubungan kasih antara suami isteri.. :)
ReplyDelete