Agenda utama Kawalan Perintah Pergerakan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk memutuskan rantaian jangkitan covid-19.Jom saya proses sikit sebab mengapa kita tidak boleh degil dan sila duduk sahaja dirumah masing-masing
1. Menghalang potensi dijangkiti dan menjangkiti orang lain.
- Sekiranya kita duduk dirumah dan elakkan daripada berada diluar ini akan mengurangkan risiko kita daripada dijangkiti virus covid 19.Seperti yang kita tahu generasi ke-5 jangkitan virus ini adalah dari golongan yang kita tidak tahu daripada mana asalnya.Oleh yang demikian kita semua harus berhati-hati.
2. Melindungi ahli keluarga dan golongan berisiko ( warga emas dan pesakit kronik)
Cuba banyangkan sekiranya anda keluar dan telah dijangkiti virus covid 19 tanpa anda sedar, kemuadian anda pulang kerumah untuk bersama dengan ibu-bapa anda yang telah tua ini akan menyebabkan mereka akan turut sama dijangkiti virus tersebut.Jadi anda perlu mempunyai sifat bertanggung jawab.Jangan kerana anda menyebabkan kematian insan tersayang anda mati.Seperti yang telah kita ketahui 90% kematian covid 19 melibatkan warga vateran berumur 40 tahun ke atas.Sila baca Kronologi kes kematian di Malaysia adan akan dapat lihat sendiri umur-umur mangsa yang telah mati akibat virus covid 19
3. Mengekalkan zon hijau dan mengembalikan zon kuning kepada zon hijau.
Ini salah satu yang sangat menakutkan kita kerana banyak zon hijau telah beralih kepada zon kuning.Zon kuning pula berlaih kepada zon merah.Jadi guys sila duduk dirumah untuk pastikan semua tempat di negara kita kembali menjadi zon hijau semula.Malaysia tidak akan berjaya jika rakyat masih berdegil dan masih keluar tanpa sebab.Please stay safe at home for all Malaysian.
4. Jika perlu keluar rumah.Kekalkan jarak sosial.
Buat yang terpaksa bekerja dan ketua keluarga yang memang terpaksa keluar untuk kepentingan negara dan keluarga sila patuhi jarak sosial yang telah di keluarkan oleh KKM.Sekiranya kita semua memainkan peranan masing-masing pasti kita mampu memutuskan rantaian jangkitan covid 19.
Akhir kata Rakyat Malaysia mari bersatu padu dengan menasihati di antara satu sama lain agar mematuhi garis panduan yang telah di keluarkan oleh kerajaan Mlayaysia.
Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia
Kenapa Anda Perlu Duduk Di Rumah Diam-Diam Covid-19
Reviewed by C.I
on
April 11, 2020
Rating:
No comments: