Sedikit Perkongsian Tip Blogging - Cinta



Pada zaman era kemajuan sekarang semua orang memiliki Blog sendiri untuk dikongsikan kepada seluruh dunia.Blog sangat memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat tidak hairan lah ramai orang-orang kenamaan atau artis sangat takut kepada penulisan seseorang blogger kerana maklumat yang ditulis akan terus sampai kepada pembaca.


Disini ada sedikit tip untuk dikongsi bersama-sama rakan blogger yang lain.Satu tip yang simple untuk mengemas  kini penulisan di dalam blog.

Contoh Graf diatas menunjukkan link yang popular pada sesebuah blog selama seminggu

Gambarajah diatas adalah salah satu contoh analitik rujukan pautan yang kerap untuk sesebuah blog.Sekiranya anda masih belum ada carta analitik ini, anda boleh mendaftar dengan menggunakan Google Analytics atau sebagainya.Hanya beberapa langkah pendaftaran anda sudah boleh mempunya akaun ini.

Kembali kepada tip, selepas itu anda hanya perlu Klik pada rujukan pautan atau link yang mempunyai bilangan yang tertinggi dari situ anda akan mengehtahui post anda yang paling popular dikunjungi pembaca.

Contoh Gambarajah diatas menunjukkan Posting anda yang berada di Engine Pencaria

Setelah anda klik pada rujukan pautan tadi secara automatik anda akan dibawa ke engine pencarian yang memaparkan post anda tadi.Anda boleh lihat gambarajah diatas adalah contoh post yang berada di engine pencariaan Yahoo.com. Selepas itu anda hanya perlu Klik semula pada Post yang berada di engine pencarian seperti gambarajah di atas.

Contoh

Selepas itu apa perlu anda buat setelah anda mengehtahui post anda yang paling popular di engine pencarian.

1~ Semak semula perkataan-perkataan yang anda tulis supaya tidak terdapat sebarang kesilapan

2~ Tingkatkan mutu penulisan dengan mengemas kini semula ayat-ayat yang telah ditulis supaya sedap dibaca oleh pembaca.

3~ Anda boleh masukkan Link Teks (pautan pantas)di dalam penulisan anda supaya ada perkataan yang dapat membuat rujukan pautan ke post anda yang lain.Ini boleh meningkat page view blog anda.dan juga mudah untuk pembaca membuat semakan.

4~ Anda boleh letak iklan pada post ini kerana post yang kerap dikunjungi oleh pembaca dapat menarik pengguna untuk melihat iklan tersebut.

Nota : Setakat ini saja perkongsian Cinta untuk tip blogging.Hanya sekadar perkongsian pendapat bersama blogger yang lain.



Sedikit Perkongsian Tip Blogging - Cinta Sedikit Perkongsian Tip Blogging - Cinta Reviewed by C.I on May 21, 2012 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.