Resipi Kuih Lompang



Resipi Kuih Lompang

Kuih lompang memang satu kuih tradisional Melayu yang kekal sehingga hari ini.Tetapi kuih lompang sebenarnya agak sukar untuk dibeli disekitar bandar, kalau dikampung-kampung memang banyak peniaga yang menjualnya.Masa yang diperlukan untuk menyediakan kuih lompang sekitar 30 minit sahaja.Jadi anda memang boleh cuba buat resipi ini dirumah.

Bahan­-bahan : 


1) 2 cawan tepung beras 
2) 3 ½ cawan air gula merah (suam) 
3) ½ cawan air 
4) ½ sudu teh kapur sirih 
5) ½ biji kelapa muda parut 
6) ½ sudu teh garam 

Cara-cara: 

1) Panaskan cawan-­cawan tembikar kecil dalam kukusan. 

2) Bancuhkan tepung dan air kapur. 

3) Tuang air gula merah dan kacau rata. 

4) Tapis adunan kedalam jag dan tuang ke dalam cawan­cawan yang telah dipanaskan tadi. 

5) Kukus selama 15 minit. 

6) Sejukkan dan cungkil perlahan­lahan. Tabur kelapa parut di atas kuih. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Lompang yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Lompang Resipi Kuih Lompang Reviewed by C.I on April 11, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.