Resipi Kuih Lompang Berlauk


Resipi Kuih Lompang Berlauk

Kuih lompang berlauk memang sesuai sangat dijadikan hidangan buat seisi keluarga, sepastinya kanak-kanak memang sangat menyukainya.Kuih lompang berlauk juga sangat mendapat sambutan di pasaran sekarang.Memang anda boleh jadikan kuih ini sebagai satu perniagaan.

Bahan-­bahan : 

Untuk inti : 

1) 1 cawan daging/ayam kisar 
2) 1 labu bawang besar (potong dadu) 
3) 1 ulas bawng putih (cincang) 
4) 1 sudu makan rempah kurma 
5) 1 sudu makan minyak 
6) 1 sudu teh garam 
7) 1 tangkai daun bawang 
8) 2 tangkai cili merah 

P/s : Barang 6, 7 dan 8 perlu dihiris halus

Untuk lompang : 

1) 2 cawan tepung beras 
2) 4 cawan santan suam 
3) ½ sudu teh kapur 
4) 1 sudu teh garam 

P/s : Barang 2, 3 dan 4 perlu bancuh dan tapis

Cara-cara : 

Untuk inti : 

1) Panaskan minyak. Tumis bawang dan rempah kurma sehingga wangi. 

2) Masukkan daging/ayam dan garam. Kacau dan biarkan mendidih hingga kering. 

3) Angkat dan sejukkan. 

Untuk lompang : 

1) Panaskan cawan-­cawan tembikar kecil dalam kukusan. 

2) Bancuh sebati semua bahan untuk lompang. 

3) Tapis adunan kedalam jag dan tuang ke dalam cawan­-cawan yang telah dipanaskan tadi. 

4) Kukus selama 15 minit. 

5) Sejukkan dan cungkil perlahan-­lahan. Tabur inti bersama daun bawang dan cili merah di atas kuih. Sedia untuk dihidangkan

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Lompang Berlauk yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Lompang Berlauk Resipi Kuih Lompang Berlauk Reviewed by C.I on April 11, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.