Resipi kuih Lompat Tikam kalau dilihat dari bahan-bahan dan cara-cara penyediaannya memang agak mencabar untuk dibuat.Pengalaman makan kuih ini belum pernah, tapi daripada gambaran dan bahan-bahannya memang nampak seperti sedap, lemak dan manis.Sekiranya anda inginkan cabaran memasak boleh cuba resipi ini.
Bahan-bahan :
Untuk sira :
1) 1 cawan gula merah
2) 1 cawan gula
3) 2 cawan air
4) 1 helai daun pandan (disiat-siat)
Untuk lapisan hijau :
1)1 cawan tepung beras
2) 1 sudu makan tepung jagung
3) 3 cawan santan cair
4) ½ cawan jus pandan
5) Sedikit pewarna hijau
6) 1 sudu teh air kapur
7) ½ sudu teh garam
Untuk lapisan putih :
1) 1 ½ cawan tepung beras
2) 1 sudu makan tepung jagung
3) 4 cawan santan pekat
4) 1 sudu teh garam
Cara-cara :
Untuk sira :
1) Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2) Tapis dan ketepikan.
Untuk lapisan hijau :
1) Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang. Panaskan loyang diatas api sebentar.
2) Gaulkan sebati semua bahan dan tapis.
3) Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4) Cakarkan sikit permukaan kuih supaya lapisan putih melekat.
Untuk lapisan putih :
1) Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2) Masukkan adunan ke atas lapisn hijau yang telah masak tadi dan kukus selama 15 minit.
3) Sejukkan dan potong. Hidang bersama sira. Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Kuih Lompat Tikam yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Resipi Kuih Lompat Tikam
Reviewed by C.I
on
April 11, 2020
Rating:
No comments: