Resipi kali ini memang menarik kerana mempunyai inti yang pelbagai.Memang sangat sedap dimakan.Inti ayam dan udang serta sos memang akan buat kita terangkat habis.Kalau hendak beli diluar sana agak susah juga nak mencari penjualnya, jalan yang terbaik adalah anda cuba sendiri resipi ini di rumah.Yakin pasti anda berjaya buat.Selamat mencuba
Bahan-bahan :
Untuk inti :
1) 2 sudu minyak masak
2) 2 ulas bawang putih (cincang halus)
3) ½ biji sengkuang
4) 1 batang lobak merah
5) 1 keping tahu goreng.(potong dadu kecil)
6) 100 gram ayam/ udang. (cincang halus)
7) 1 biji telur(goreng dadar dan cincang halus)
8) ½ sudu teh garam
P/s : Bahan 3 dan 4 dipotong halus
P/s : Bahan 3 dan 4 dipotong halus
Untuk kulit :
1) 100 gram tepung ubi
2) 100 gram tepung gandum
3) 100 gram tepung jagung
4) 1 biji telur
5) air secukupnya
6) ½ sudu teh garam
7) ½ 1kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara :
Untuk inti :
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam/udang. Kacau sebentar.
2) Masukkan semua bahan kecuali telur dan kacau rata sehingga layu/masak.
3) Masukkan telur yg dicincang dan gaul rata.
4) Angkat dan ketepikan.
Untuk kulit :
1) Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air. Tambah air sedikit demi sedikit dan gaulkan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
2) Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.
3) Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.
4) Celupkan semula kedalam minyak panas.
5) Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri.
6) Goreng sehingga kekuningan.
7) Angkat dan toskan.
8) Masukkan inti kedalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos. Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Kuih Pai Tee yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Pai Tee
Reviewed by C.I
on
April 11, 2020
Rating:
No comments: