Kuih Peneram juga adalah satu daripada kuih tradisional yang wujud sejak zaman berzaman lagi.Kuih ini sebenarnya sangat mudah untuk dibuat dan bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak.Rasa kuih ini manis dan lembut.Masih ada lagi peniaga-peniaga yang mejual kuih ini di setiap tempat.
Bahan-Bahan :
1) 500gm tepung beras cap teratai
2)1 sudu makan tepung gandum (tak masuk pun takpe)
3) 200gm gula putih
4) 200gm gula merah
5) 1 1/4 cawan air @ 240ml
Cara-cara :
1. Gula merah + gula putih masak dengan air sehingga mendidih..
2. selepas itu tuang dan tapis kedalam tepung beras, kacau dengan senduk kayu..
3. Perap satu malam..
4. bentukkan tepung tersebut seperti gambarajah di atas.
5. Goreng.Siap untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
CI : Di harap Resipi Kuih Peneram / Denderam / Subang Keling yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Peneram / Denderam / Subang Keling
Reviewed by C.I
on
May 08, 2020
Rating:
No comments: