Tahukah Anda Khasiat Buah Putat !!!

Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun.


Pokok Putat tumbuh dengan daun yang lebar dan besar. Apabila pokok Putat mencapai ketinggian maksimum sehingga 28 m, ia boleh dilihat berbentuk seperti payung. Di atas keunikan ini pokok Putat sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh.

 Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan. Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, kerabu atau perencah laksa.


Bunganya mempunyai empat kelopak. Di dalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang berwarna merah jambu. Bunga Putat kecil dan besarnya lebih kurang 5 cm lebar. la tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Kudup bunga berwarna merah keunguan. Namun ada juga jenis yang bunganya berwarna putih.


Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buahnya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.

KHASIAT

Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.

Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit.

Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.


Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi resdung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.

MAKLUMAT TAMBAHAN


Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter. Ia di jumpai tumbuh di kawasan Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik.

Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu iaitu Putat Hijau dan Putat Merah. Selain dari pucuk, buahnya juga boleh dijadikan ulam.

Ada juga putat yang dipanggil Putat Laut (Barringtonia asiatic). Seperti namanya, putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai. Daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat. Bentuk buahnya juga berbeza. Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain.

KEGUNAAN:


Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat anti kanser. Di Kerala India, biji putat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang menyerupai kanser (ketumbuhan).

Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), En.Tajuddin Abdul Manap memberitahu, ulam pucuk putat mampu memulihara kulit daripada penyakit gatal. Buahnya pula yang mempunyai rasa kelat perlu dikopek dan dihiris-hiris sebelum dimakan begitu saja atau dibuat sambal. “Buah putat ini juga mencegah serangan gatal-gatal di samping boleh mengubati beberapa penyakit kulit lain,” .

Kata beliau, untuk mendapatkan khasiat daun putat, lima atau enam keping daun perlu ditumbuk bersama-sama beras terlebih dahulu sebelum dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air. “Ia perlu diamalkan beberapa kali setiap hari bagi mempercepatkan tempoh matang atau `masak’ cacar air di samping mengelakkan ia merebak ke seluruh badan,” ujarnya.

Sementara itu, En.Tajuddin menambah, kulit batang putat perlu dikopek dalam ukuran sebesar kotak rokok dan kemudian dijemur sehingga kering sebelum dibakar. “Kulit pokok ini perlu dibakar sedikit demi sedikit dan pesakit resdung kemudian bolehlah menyedut asap daripada kulit putat yang dibakar itu sehingga mereka merasakan hendak terbersin. “Dengan menyedut asap daripada kulit putat untuk beberapa ketika, pesakit resdung akan merasakan air lendir keluar dari hidung mereka,” Pelik Tapi Benar..
3 jenis ; 

1.PUTAT SAWAH - Pucuknya agak kelat dimakan dengan laksa dan buahnya yang muda yang rasanya kelat dan lemak dimakan sebagai ulam.

2.PUTAT HUTAN – Pucuknya lemak dan boleh disimpan lama apabila direndam dengan cuka nipah .

3.PUTAT NASI – Pucuknya lemak dan buahnya bulat-bulat berjuntai macam buah rambai ; rasanya lemak apabila dibuat ulam (untuk awet muda) . Kulit batangnya yang dikeringkan boleh dibuat ubat resdung dengan cara membakarnya dan asapkan pada muka.


CINTA : Ok buah putat ni memang sangat rare kalau anda orang bandar serious tak akan tahu pasal buah ni.Sebab buah ni banyak di kawasan pendalaman kampung je.Banyakkan kan khasiat buah ni.Lepas ni boleh lah kawan-kawan semua cuba makan buah putat.
Tahukah Anda Khasiat Buah Putat !!! Tahukah Anda Khasiat Buah Putat !!! Reviewed by C.I on March 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.