Resipi Kuih Siput


Resipi Kuih Siput

Kuih Siput memang sangat popular di negara kita terutama sekali pada musim perayaan.Kuih ini memang sedap dimakan ketika santai-santai atau berbual kosong.Kuih siput juga boleh dijadikan satu perniagaan kerana mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran tempatan.

Bahan-Bahan :


1) Minyak yang secukupnya untuk menggoreng
2) 1 kg tepung gandum
3) 1 biji telur 
4) 4 sudu butter dicairkan
5) 1/2 cawan santan @ separuh santan kotak
6) Garam secukup rasa
7) Air yang secukupnya

Bahan untuk dikisar :

1) 1 sudu teh jintan manis 
2) 3/4 cawan udang kering @ ikan bilis 
3) 2 sudu makan serbuk cili/ cili blend 
4) 2 sudu makan serbuk kari
5) 2 sudu makan ketumbar
6) 4 ulas bawang merah kecil
7) 2 ulas bawang putih
8) 4 tangkai daun kari ( digoreng terlebih dahulu)

Cara-cara Menyediakan Kuih Siput yang rangup, sedap dan berempah

1. Gaul tepung dengan butter yang sudah dicairkan.

2. Masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk.Gaulkan hingga semuanya sebati.

3. Masukkan telur dan santan.

4. Uli sehingga ianya menjadi doh yang lembut.

5. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.(Jangan masuk air banyak sebab bahan yang diblend tadi cecair/ada air.)

6. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat-bulat lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih siput.Ulang langkah ini sehingga doh habis.

7. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

8. Masukkan kuih siput yang telah siap di gentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan.( Daun kari masukkan waktu kuih siput hampir nak masak, kalau masuk awal terlalu garing daun kari tu)

9. Simpan dalam bekas kedap udara.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resipi Kuih Siput yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Siput Resipi Kuih Siput Reviewed by C.I on May 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.