Kuih Tahi Itik
Saya pun belum ada pengalaman lagi makan kuih tahi itik.Tapi jika dilihat dari bahan-bahan dan cara-cara membuat kuih ini memang sangat mudah dan cepat.Rasanya tak rugi untuk mencuba buat sendiri kuih tahi itik.Yang pastinya kuih ini memang manis dan sedap.
Sedikit tip untuk anda kuih tahi itik hanya mengunakan putih telur jadi baki telur merah itu boleh digunakan untuk membuat kuih Bunga Tanjung, anda boleh buat 2 kuih dalam satu masa.Klik Resipi Kuih Bunga Tanjung
Bahan-bahannya :
1) 10 biji putih telur
2) 500ml santan
3) 400gm gula pasir
4) 100gm tepung pulut
5) 150gm tepung beras
6) Sehelai daun pandan(dicarik-carik)
Cara-Cara :
1. Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
2. Biarkan sejuk.
3. Bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
CI : Di harap Resipi Kuih Tahi Itik yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Tahi Itik
Reviewed by C.I
on
May 02, 2020
Rating:
No comments: