Tip Makan Bersama Ahli Keluarga


Anak-anak seharusnya menikmati hidangan makanan dalam suasana aman, damai dan tenang. Suasana seperti ini dapat menghilangkan rasa keletihan belajar atau bekerja, berfikir atau bermain. Suasana baik seperti ini dibebani pelbagai masalah dalam kehidupan dan sebagainya.

Suasana tegang ketika menghadapi makanan biasanya membantutkan keinginan anak-anak untuk meneruskan makan dan sekaligus mungkin anak-anak akan mengambil tindakan seperti menyegerakan makan dan meninggalkan meja makan.

Berkasih sayang dan bergurau senda yang boleh menimbulkan suasana nyaman dan mesra dalam keluarga. menentukan suasana yang baik akan muncul sewaktu menghadapi hidangan makanan yang merupakan rutin harian maka perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian:-

a. Elakkan mencari dan mengungkit kelemahan-kelemahan ahli keluarga sewaktu berada di hadapan rezeki

b. Hindarkan daripada perbuatan memaparkan sifat-sifat keji sewaktu menjamah makanan seperti meninggi diri. menidakkan kebolehan orang lain dan sebagainya.

c. Hentikan perbuatan mengeji dan menghina makanan.

d. Sering menyedari yang ibu bapa tidak seharusnya menunjukkan sifat gelojoh sewaktu makan atau lain-lain perbuatan kurang sopan yang tidak layak ditunjukkan sewaktu menghadapi rezeki bersama anak isteri.

e. Jangan tinggalkan ahli keluarga di meja makan sedangkan ibu atau ayah meletakkan makanan ke pinggan sendiri dan memilih untuk duduk di tempat lain seperti di hadapan televisyen, berada di ruang tamu membaca surat khabar dan sebagainya.

f. Tunjukkan yang anda benar-benar menghargai orang yang memasak dan menyajikan makanan dengan tebih berlaku adil kepada makanan yang disajikan.

CI : Makan bersama keluarga adalah sangat menyeronokkan sekiranya semua ahli keluarga tahu menjaga adab dan tahu peranan masing-masing.
Tip Makan Bersama Ahli Keluarga Tip Makan Bersama Ahli Keluarga Reviewed by C.I on May 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.