Resipi Kuih Sopang
Kuih Sopang ini memang agak tradisional habis.Kalau kita hendak cari atau beli di bandar memang susah untuk didapati.Tapi di kampung-kampung kuih Sopang memang agak popular.
Bahan inti :
1) 1 biji kelapa parut
2) 1 cawan gula merah
3) 2 cawan gula pasir
4) 3 helai daun pandan
5) 1 peket tepung pulut
6) 1 biji kelapa (ambil santannya)
7) Garam
Cara-Cara :
1. Gaulkan tepung pulut dengan sedikit garam dan sedikit santan sehingga sebati.
2. Untuk membuat inti, satukan semua bahan ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan hingga inti kekuningan.
3. Bentukkan adunan tepung pulut tadi seperti membuat karipap dan letakkan inti. Buat sampai habis.
4. Letakkan kuih ke dalam pengukus dan tuang baki santan. Kukus hingga masak.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
CI : Di harap Resipi Kuih Sopang yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Sopang
Reviewed by C.I
on
May 03, 2020
Rating:
No comments: