Resipi Kuih Peria


Resipi Kuih Buah Peria 

Walaupun bentuk macam buah Peria tetapi kuih ini tidak pahit langsung dan semestinya sangat manis dan sedap.Kuih ini juga memang susah hendak didapati di kawasan bandar tetapi di kampung masih banyak peniaga yang menjual kuih ini.Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang dan ingin menguji kemahiran memasak anda boleh lah cuba buat sendiri kuih Peria ini.Apa-apa pun selamat mencuba.

Bahan-bahan :

1) 250 gm tepung pulut - saya guna 150 gram
2) 200 ml santan pekat - guna 150 ml
3) 25 gm minyak masak - sapu pada kuih dan daun pisang
4) Sedikit air
5) Pewarna merah dan hijau

Cara cara :


1. Uli tepung pulut dan santan hingga lembut. Bahagikan doh kepada dua bahagian. 

2. Kacau pewarna dengan sedikit air dan satu bahagian diwarnakan merah dan satu lagi diwarnakan hijau.

3. Ambil 15 gm doh dan bentukkan doh lonjong sedikit seperti buah peria. Masukkan inti dan tutup kemas. Sapu sedikit minyak pada doh. 

4. Letak di atas plastik dan digulung seperti menggulung gula-gula. Kemaskan kiri dan kanan lalu ditarik kuat kuat di hujung kedua dua plastik supaya terbentuk garis garis pada doh menyerupai buah peria. Atau boleh juga ditekan tekan dengan lidi untuk mendapat corak buah peria. Buka gulungan dan letak atas daun pisang yang telah dilumur sedikit minyak. Susun dalam periuk pengukus.

5. Panaskan periuk pengukus dengan air yang mencukupi. Kukus buah peria selama 8 minit atau sehingga masak bergantung pada saiz kuih anda. 

6. Jika kuih lebih besar, lebihkan sedikit masa mengukus tapi jangan terlalu lama nanti kuih terlalu kembang dan hilang corak buah peria dan jadi tak cantik.

Bahan Inti Kacang Hijau :

1) 250 gm kacang hijau - rendam
2) 1 keping gula Melaka
3) 1/2 cawan gula pasir
4) Sedikit garam

Cara membuat Inti:

1. Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering dan kacang hancur. 

2. Masukkan gula melaka, garam dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. 

3. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat sebesar ping pong dan bentukkan panjang lonjong seperti buah peria.

Nota: Boleh masukkan kelapa parut dan tepung gandum, jika suka. 

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap Resipi Kuih Buah Peria yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Peria Resipi Kuih Peria Reviewed by C.I on May 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.